Great stuff to be shared together...

Thursday, August 13, 2015

Raya Dah Habis daa...

Assalamualaikum.. 

Baru nak wish selamat hari raya, rupa-rupanya raya dah habis. Puasa Syawal dapat sehari je. Hukhuk.. Tak tahulah kenapa, tak tahan nak puasa. Baru pukul 9, perut dah meronta-ronta. Agaknya start raya dah manjakan dengan makanan yang sedap-sedap. Apa-apa pun, maaf zahir batin kepada semua, terutamanya pembaca blog cabuk ni. Manalah tahu ada mengguris perasaan dalam penulisan dan gurauan.Dah lama tak menulis sebab emosi kacau bilau. Ribut taufan puting beliung semua ada. Nanti takut blog ni tercemar dengan kata-kata nista pulak. Hihi.

Masa Ramadhan tempohari, dalam hati ni mulalah menyemat azam. Nak meningkatkan kesabaran, nak kurangkan marah, kurang merungut. Tapi macam biasalah, mesti ada cabaran dalam mengekalkan azam tu. Ramai pulak yang nak jadi kertas exam berusaha nak gagalkan niat murni I ni. Ramai benor yang menyakitkan hati dan bikin galau. Huwaaa.. Rasa down benor, rasa macam tak boleh bangkit je. Rasa diri ni lebih hina daripada hampas. Tidur pun nangis. Sudahnya kepada Allah jugalah tempat nak mengadu. Nangis lah sungguh-sungguh, "Ya Allah, aku sedih. Hilangkanlah kesedihan ini". Itulah doa duk ulang-ulang setiap kali teringat perkara-perkara yang menyentap kalbu. Dalam hati ni fikir, bilalah aku ni nak mati (Astaghfirullahal'azim.. Moga Allah ampunkan saya). Tapi lepas tu takut sebab harap mati sebab amal tak banyak. Nanti tak boleh jumpa my son and my father. Dalam sedih-sedih tu, tiba-tiba ternampak satu naskhah kecil, pemberian bekas guru, Cikgu Awalludin. Mulanya ingatkan surah Yassin, rupa-rupanya buku doa. Sesungguhnya Allah Maha Tahu apa yang kita perlukan. Dalam tu ada doa memohon kesabaran, doa hilangkan marah dan permusuhan, doa untuk hindarkan fitnah, pendek kata just the very thing that I need. Entahlah, kadang-kadang tak faham dengan sikap orang yang sangat tak rasional & very impossible. Ahhh.. tengok tu, kan dah merungut.. 

Seriously, kalau sedih kita mungkin perlu cari orang yang boleh dipercaya untuk meluahkan perasaan. Tapi tak akan ada yang mempu faham kita lebih daripada pencipta kita.

Doa Menghadapi Tekanan
Hasbunallahi wa nikmal wakil (Ali Imran :173)

Doa Mohon Petunjuk dan Dteguhkan Iman
(Surah Ali Imran : 8)

Doa Nabi Musa Mohon Kesabaran
(Surah Al-A'raf: 126)

Doa Hilangkan Marah dan Permusuhan
"Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang direjam. Ya Allah, ampuni dosaku dan hilangkan kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk."



4 comments:

A.I said...

betollll sesangat. TAKKAN ada orang yang akan faham diri kita melainkan diri kita sendiri (dan Allah opkos). luahkan la camne skali pun, hanya kita2 je yg tau perasaan tu kan. dah la keadaan kita camni..dicampur pulak dengan dugaan2 hidop, mmg sentap la mak nyah heyyyyy

Herny Hafiz said...

banyakkan bersabar lah. saya pun tak meraya tahun ni.. huhu...

suka suka said...

Assalam Nurul... punya la lama baru sempat baca nukilan Nurul ni.. you are not alone dlm hal ni.. akak pun kadang2 gitu... tension dan bengang.. bila tersedor balik ke pangkal jalan... istifar banyak2 .. kita ada Dia... sedih ni..

Nudabuffy said...

Kak Ai~ Tulah pasal.. Kadang orang lupa yang kita ni berpenyakit kronik tunggu nak putus nyawa je. Mentanglah kita ni kuatkan hati kuatkan diri, dibuli-buli pulak. Sedih!

Herny~ Sama-samalah kita bertabah ya?

Kak Mar~ Senasib rupanya kita ya Kak Mar? Allah tu Maha Mengasihani dan Maha Penyayang. Selalu je hantar peringatan supaya tak tersasar.