Great stuff to be shared together...

Sunday, December 14, 2014

Jumpa Puan Doktor 9/12/2014

Assalamualaikum..

Hmm rasanya dah lama tak update pasal appointment jumpa dengan doktor khenn? Sebabnya memang dah lama tak jumpa doktor.. Sekarang dah tak payah pergi Hospital Pantai untuk jumpa doktor sebab doktor sendiri datang centre untuk jumpa pesakit.. Caring bukan? Oh ya, pertemuan kali ni bukan dengan Dr Kee Swee Ann, tapi Doktor Ema.

So far, from the blood test result, semua ok je.. Ada yang improve, tapi kolesterol mencanak naik.. huhuhuh.. Nak kata pemakanan tak jaga tak juga.. Sebab saya memang tak suka makanan berminyak. Fast food pun bila dah mengidam tahap nak meroyan baru pergi makan. Maybe sebab hormon tak stabil dan sebab saya dah lama stop makan minyak ikan kot.. Ubat kolesterol pun selalu miss sebab saya rasa ubat tu ada side effect yang tak menyelesakan.. Saya selalu rasa macam nak gastrik bila makan ubat tu..

Macam biasalah, bila jumpa doktor, perkara yang selalu dibangkitkan ialah pasal transplant.. Saya sebenarnya tak selesa bincang pasal ni.. Firstly, saya rasa macam tak best nak amek buah pinggang daripada orang kesayangan saya, takut-takut menjejaskan kesihatan diorang. Kedua, memang belum berjumpa penderma yang sesuai pun.. Siblings semua darah B +ve, mak pun sama. Saya A+ve. Doktor siap cakap, mungkin kamu ni anak angkat.. Wakakakak.. Sentap ko! Sebenarnya saya ikut blood type arwah ayah. Walaupun ayah pernah cakap nak derma buah pinggang pada saya, tapi di hujung nyawa ayah, buah pinggang ayah pun rosak akibat ubat-ubat masa ayah masuk ICU dulu. Saya cakap dengan Doktor, mungkin bukan rezeki saya. Saya ok je macam ni..

Sepanjang saya dapat kidney disease ni, macam-macam hikmah yang saya dapat lihat. Banyak sangat, alhamdulillah, saya bersyukur atas segalanya. And the best thing is of course, miamor, HUBBY. Kadang kesian, kadang sedih tengok dia, tapi most of time, thankful. Lagi-lagi sekarang ni dia dah jadi sole breadwinner for both of us. Memang saya kadang-kadang buat part time baby sitting, tapi just untuk suka-suka dan dapatkan duit poket selain mencurahkan kasih sayang yang melimpah ruah ni (cheeeewah). Kerja dia mengerjakan kebun-kebun bapak mertua. Dan gaji dia saya tak malu cakap, RM1000 sahaja.Untuk tambah pendapatan, macam-macam dia buat. Dia bela ayam dan jual. Petik dan kupas kelapa untuk jualan. Petik petai. Tanam cili, hantar ke warung. Tangkap ikan, buat pekasam pun untuk jualan. Dalam banyak keadaan, jarang dia minta tolong pada saya. Kalau ada pun kerja-kerja ringan. Mungkin kerja saya cuma curahkan kasih sayang saya yang melimpah ruah tu dengan cara yang saya suka (Chewah lagi). Masak makanan kegemaran dia, contohnya. Itu pun kalau jadi lah. Hahahah..Kalau ikutkan RM1000 tu cukup je untuk kami, tapi saya suka tengok dia berusaha nak memajukan diri. Kadang-kadang saya tengok dia maju, saya nampak yang saya makin mundur pula.. Huhu.. Dah jadi too dependent pada dia..

So, kepada suamiku yang tersayang (Saya tahu dia akan curi-curi baca ni), I love you so much. Maafkanlah segala kesilapan Nurul sepanjang menjadi isteri abang. Terima kasih kerana menerima diri Nurul seadanya.

Choyyyy... Mata masuk abuk pulak.

4 comments:

Muzai Samilan said...

dayah..camne boleh jadi positif cam ni? share tips sikit

Ummu Madihah said...

Salam Nurul,

Mak Aji tumpang suka bila Nurul dalam pada menghadapi kesulitan dari segi kesihatan, masih mampu ceria dan menceriakan! Syukur alhamdulillah atas anugerah cukup berharga, suami yang menyayangi serta memahami isterinya! Take care my dear!!

Anis_Apis said...

Salam Kak Dayah...

Stay strong k :) Kt doakan akak cepat2 sembuh. Kadang2 banyak hikmah di sebalik dugaan yang Allah bagi. Trust Him :)

Nudabuffy said...

Muzai ~ Alhamdulillah, kekuatan tu milik Allah.. Macam orang kata, "when being strong is the only option".

Ummu Madihah ~ Salam Mak Aji sayang.. Terima kasih Mak Aji sebab sentiasa menyokong dan memberi dorongan.. Saaaaayang Mak Aji.

Anis_Apis ~ Salam Jamme. Amiin.. Thank you for your support. Really appreciate it.