Great stuff to be shared together...

Monday, December 29, 2014

Di Kala Hujan Teduh

Assalamualaikum semua.. Macam mana keadaan cuaca dekat tempat kawan-kawan semua? Di kampung ni, alhamdulillah dah dua hari hujan reda. Sesekali gerimis mengundang tapi waktu malam biasanya ada hujan turun. Apa-apa pun, kami semua tetap dalam keadaan berjaga-jaga. Semua dokumen penting dah di pack dalam plastik dan diseal. Barang-barang penting letak di tempat yang mudah dicapai, bateri handphone pastikan sentiasa penuh dicas. Risau juga sebab kawasan ni pernah dilanda banjir.

Sepanjang hidup, sekali saya pernah rasa pengalaman dilanda bah. Rasanya dalam 2006 atau 2007. Masa tu saya baru habis degree, di Felda Selancar, Pahang. Walaupun rumah kami tak dimasuki air sebab terletak atas bukit, tapi perhubungan darat terputus terus. Bekalan air dan elektrik pun takde. Masa tu, mandi air hujan dekat cucur atap. Subuh-subuh gelap dah kena mandi takut orang nampak. Jambatan runtuh, helikopter berlegar-legar hantar bantuan. Bekalan makanan alhamdulillah kat rumah parents saya cukup sebab masa tu mak saya berniaga. Jadi selalu ada stok barang kering dan tong gas ekstra. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan..

Banjir kali ini memang di luar jangkaan. Bukan setakat harta benda, nyawa pun sudah jadi korban. Mana-mana yang sudi membantu, semoga Allah membalas jasa baik kalian. Risau juga sebab ramai juga ahli keluarga dan kaum kerabat yang tinggal di Pantai Timur. Waktu gelombang pertama tempoh hari, naik juga air masuk ke rumah adik saya di Kuala Terengganu. Hanya pada Tuhan kita bergantung harap agar melindungi daerah-daerah yang terjejas ni.

Sementara hujan teduh pagi tadi, saya sempat juga bersiar-siar keliling rumah, melihat-lihat tanaman. Ada yang gembira disirami hujan mencurah, ada juga yang tewas. Banyak juga tumbuhan liar, memanggil-manggil menggoda supaya dirakam gambarnya.


Musim-musim hujan ni banyak betul serangga seperti belalang, anak dara cina dan kekabuh timun. Walaupun daunnya berlubang-lubang dimakan belalang, ros kuning ni masih sudi menghadiahkan kuntumnya.


Bunga dekat atas ni bukan markisa ye.. Ni bunga buah letup-letup (Passiflora foetida). Isinya lebih kurang markisa juga. Masam manis, tapi saiz jauh lebih kecil daripada markisa. Dah lama tak jumpa pokok buah letup-letup ni. Mengimbau memori zaman kanak-kanak kutip buah letup-letup dalam semak. Boleh baca lebih lanjut di sini.


My all time favourite, amaryllis lily. Yang pink ni dah kali ketiga berbunga dalam dua-tiga bulan ni. Mungkin si pink ni sukakan hujan yang banyak. Lily yang warna peach masih belum berbunga untuk tahun ni.

Costus woodsonii.
 Costus woodsonii ni katanya boleh dimakan. Belum pernah mencuba lagi. Ni dapat daripada Kak Yaya, dulu kitorang panggil bunga gincu je.

Mirabilis jalapa. Shocking pink.
Hari tu saya ada tanam mirabilis jalapa warna lain. Putih bintik pink dan kuning+pink. Tapi menghairankan, bunganya tak mahu kembang, berpintal-pintal je.  Entah apa salahnya.

Desert petunia. Ruellia.
 Senang nak jaga pokok ni. Ada dua kaler sebenarnya. Satu lagi pink. Entah kenapa lupa pula nak snap gambar dia. Masa pergi kuarters Kaklong hari tu, nampak bunga ni tapi jenis rendah punya. Ingat nak korek bawa balik, sekali kena mesin rumput da..

Bunga keledek (Ipomoea batatas). Macam bunga seripagi. Baru tahu keledek berbunga ni dinamakan juga "Tuberous Morning Glory" atau Seri Pagi berubi (Betul ke?)

Ha yang ni baru bunga seri pagi. Tapi saiz mini.
 Seri pagi sazi mini ni kalau tak salah namanya tiny bell. Nama saintifik, Ipomoea triloba. Warna yang ni pink lembut, comel juga cuma bunganya taklah meriah sangat.

Cypress vine (Ipomoea quamoclit).
 Wah, banyak pula sepupu sepapat Ipomoea ni. Patut tangkap gambar gambar bunga Ipomoea aquatica sekali tadi. Apa tu? Kangkung la.. hihihi.. cantik juga tetiba ada bunga putih.. esoklah amek. Cypress vine ni tumbuh meliar je memanjat pokok allamanda kuning. Macam dekorasi krismas pulak.

Kemunting cina. Warna pink lembut, warna baru muncul mungkin sebab yang shocking pink kawen dengan yang putih.

Kemunting cina yang asal. Oleh sebab dah berkembang biak sangat, saya keluarkan daripada pasu dan tanam dekat tanah je.

Cosmos bipinnatus. Excuse yang terkulai tu. Tewas ditimpa hujan.

Red Zinnia.

Buah peria liar yang dah ranum. Cantik pulak tengok kombinasi warna ni.

3 comments:

suka suka said...

Bahagia bunga2 tu dapat air hujan... tewas tu biasa..

Rose Azadir said...

Salam kenal, segar jernampak bunga2 tu hehehe....anyway saya blogwalking kt sini, jemput singgah ke blog saya, http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...tq :)

Nudabuffy said...

suka suka ~ Alhamdulillah, bila hujan tak payah angkat air siram pokok..

Rose Azadir. Salam kenal rose. Saya sudah follow blog Rose.