Great stuff to be shared together...

Thursday, December 27, 2012

Dua Situasi Cemas

Semalam Emak dan adik beradik saya nak datang ke rumah. Dengan hati gembira dan berbunga-bunga riang saya mengemas rumah dan menyiapkan bahan memasak. Menu rancangan ringkas sahaja, nasi goreng kampung, telur mutiara masin yang tak masin sangat dan juga ikan perkasam. Sambil menyediakan bahan masakan, saya tanak nasi dan goreng pekasam dulu. Saya tutup je api selesai goreng pekasam, tiba-tiba terdengar bunyi desiran yang kuat. Instinct saya masa tu cabut kepala gas sebab ada terbaca sekarang banyak kebocoran gas (tapi tak ingat baca kat mana). Dengan deria bau saya yang lemah ni, saya masih lagi tercium bau gas memasak. Bila dibuat bubble test di kepala tong gas, satu belon besar terbentuk. Alamak!

Seperti biasa, buat report dekat suami dulu. Lepas tu tarik nafas dalam-dalam sambil tapis bau gas dan beritahu diri supaya jangan panik. Tengok dekat kepala gas tu ada nombor untuk sebarang kecemasan. Dail

1800-88-3400

Telefon di jawab oleh seorang lelaki tapi katanya untuk aduan kebocoran gas perlu dail nombor lain. Dail 

1300-88-8181

Kali ini dijawab oleh seorang wanita. Lupa pulak nama dia. Maaf puan. Hehehhe. Kita akan ditanya:- 
1) macamana boleh syak ada kebocoran
2) bagaimana kita menentukan kebocoran, 
3) bila dan di mana beli tong gas 
4) alamat dan nombor telefon

dan juga diajar bagaimana untuk mengelakkan kejadian tidak diingini. Sila :-

1) Periksa kebocoran menggunakan air sabun. Jika buih terbentuk, bermakna ada kebocoran gas.
2) Tutup bahagian yang bocor dengan kain atau tuala basah supaya tidak merebak ke tempat lain.
3) Letak tong gas di kawasan luar rumah jauh daripada sumber api. (sila bayangkan seorang perempuan dengan tangan baru lepas surgery terhegeh-hegeh golek tong gas)
4) Pastikan ada peredaran udara.
5) Tunggu orang datang periksa gas.

Oleh sebab dah malam, pada pukul 10 baru sampai encik yang periksa tong gas tu. Beliau buat bubble test dan memang tak syak lagi ada kebocoran gas di bahagian kepala gas.Sebagai penyelesaiannya saya diberi tong gas gantian yang baru. Penuh berisi. Saya sungguh gembira walaupun sebelumnya sungguh berdebar.


Itu kejadian pertama. Pada hari ini kejadian hampir serupa berlaku di tempat kerja saya pula. Salah satu alat yang saya gunakan dalam penyelidikan baru sahaja dibaiki semalam selepas terbengkalai selama 6 bulan. Selesai sahaja set up,  dengan rasa bersemangat saya pun run satu sampel. Sepatutnya alat ini tahan suhu 275 darjah celsius. Tapi baru sahaja saya menetapakan suhu pada 200 darjah celsius, suhu telah naik mendadak hingga 280 darjah dah menyebabkan tekanan melebihi had. Mungkin termostat atau sensornya rosak. Alkohol panas tersembur keluar dan mencairkan tubing. Tidak puas dengan itu, tube yang sepatutnya dapat tahan suhu sehingga 300 darjah celsius itu mencair dan putus kemudian tube itu meletup 3 kali. Mujurlah tiub yang pecah. Kalau whole system yang meletup? Innalillahiwainna ilaihirojiun... walaupun telah dimatikan tapi kepanasan yang melampau tu telah menyebabkan tapak yang menampung alat itu hangus sampai ke dasar. Sungguh menakutkan.

Namun saya tetap bersyukur. Alhamdulillah, mujurlah sewaktu kedua-dua kejadian berlaku saya masih ada berdekatan dan masih mampu mengawal keadaan. Bayangkan kalau saya tinggalkan dan kejadian itu berlarutan, mungkin keadaan jadi lebih teruk. Mungkin berlaku kebakaran. Walaupun saya masih lagi ketakutan, saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku. Panjang umur lagi rupanya saya ni. Huhuhu.. Cukuplah dua kali dalam tempoh yang terlalu dekat ni.

5 comments:

Hidayah Salim said...

salam kak... hmm dalam kelam kabut tu akak masih maintain cool tau nak buat apa yang patut, kalau saya entahlah mudah mudahan saya setabah akak

Nudabuffy said...

Hidayah Salim ~ Alhamdulillah.. takdelah cool sangat. Cuak juga. Mungkin banyak sangat kejadian tak diduga berlaku, gabra tu jadi kurang sikit.

suka suka said...

Alhamadulillah Nurul tau apa nak buat..syukur. .

puteri purnama said...

Alhamdulillah..gembira situasi terkawal.

Nudabuffy said...

Alhamdulillah takde apa-apa jadi.. Thank you to Petronas bagi servis bagus