Great stuff to be shared together...

Friday, December 7, 2012

Cinta Itu Buta? Ke Manusia yang Buta?

Ada orang kata cinta itu buta. Ada yang kat cinta itu indah. Ada yang kata cinta itu menyakitkan. Macam-macam tafsiran pasal cinta. Dalam banyak-banyak cinta, kenapa ada juga yang suka orang punya?

Sentap tak statement tu? Ni pulak status seorang kawan facebok saya.

"Dah jd lumrah manusia skrg ni..
Suami cari isteri org..
Isteri cari suami org..
Yg bujang cari isteri org/suami org...
Npe ye? Hak milik org ni apa yg istimewa nya?????"


Sebagai mukadimah, saya nak cerita pasal cinta zaman muda-muda dolu. Okeylah, dulu saya ni spesies lone ranger. Suka menyendiri, suka jalan sorang-sorang, makan sorang-sorang, pergi mana-mana sorang-sorang. Memang lone rangerlah pokok pangkalnya. Muka pula selalu ketat, serius semedang, sebab banyak sangat benda nak pikir. Budak sekolah asrama katanya. 

Ajaibnya, kalau pasal cinta orang suka rujuk kat saya. Suka kat orang tu, minat kat orang ni, jadi posmen sana, jadi posmen sini. Sampai ada yang sebelum pergi declare pun nak minta pendapat saya. Apa diorang ingat saya ni ahlilnujum ke? Hahah. Geli hati tau sebab saya ni pakwe pun takde. Budak skema kata ko!

Yang lagi heran ada juga jejaka yang tersangkut. Bagi surat, bagi hadiah, ajak jumpa. Ada yang sanggup tunggu sampai habis sekolah, ada yang kejar-kejar kat library. Ada yang minta nombor telefon kat bus stand. Ada yang telefon-tefon. Tak dapat cakap dengan saya, dengan mak ayah pun jadi. Ada yang gentleman, ada yang pushy, ada yang merimaskan. Macam-macam ragam. Sayangnya semua kena reject.

Aik pompuan ni. Perasan "HOT" gamaknya.

Bukan macam tu. Bukan tak suka bukan pulak benci. Cuma dalam hati tiada rasa cinta. Walaupun saya ni konon-kononnya saintis, tapi soal hati dan perasaan saya sangat jelas, dan saya tak suka cuba-cuba. Hati manusia ni sangatlah fragile. Saya tak nak pura-pura sayang tapi dalam hati sebal dan kesal.Saya memang tak ambil masa yang lama untuk menimbang, tapi percayalah, saya memikir sedalam-dalamnya dan semasak-masaknya (sebab tu banyak fine wrinkles.. heheheh). Pada saya, biarpun saya menolak pada waktu itu, kalau dah memang jodoh tak ke mana. Walaubagaimanapun, kehadiran mereka tetap saya hargai. Mereka buat saya rasa terpilih, istimewa, dan tak invisible. Buat saya rasa dihargai dan disayangi. Kewujudan saya diakui. Saya gembira sebab sebahagiannya dah pun jadi kawan baik saya. Sebahagiannya pula menyepikan diri.

TAPI TAPI TAPI. Itu kalau dulu. Masa saya bujang trang tang tang. Bujang sama bujang. I am now a married woman who is soooooo much in love with her husband, Mr Hambali Abd Jalil. So, tok sah lah nak test-test power. Nak mengendeng-ngendeng. Saya dah tak anggap tu sebagai penghormatan lagi dah, sebaliknya PENGHINAAN. Sejujurnya saya hilang respect pada manusia macam ni. Kalau orang yang tak kenal saya sebagai wanita yang dah berkahwin, mungkin saya boleh maafkan lagi. Tapi yang dah lama kenal saya, kenal husband saya, tapi dengan beraninya cakap, "Jomlah skandal, best tau?". Arrrgggghh.. Rasa nak mencarut je tau. Lelaki spesis apa ni?

Benda-benda macam ni buat saya sedih dan murung. Saya pernah luahkan dalam Melankolia Nudabuffy. Mungkin sebab saya berkias, ramai yang ingat itu saya mengeluh dengan nasib dan penyakit saya. Yang tu saya boleh tahan, tapi yang ni memang buat saya sakit hati. So hari ni saya nak luahkan je semua. Bila orang buat saya macam ni, tak habis fikir saya jadinya. Setahu saya, saya ni seorang yang sederhana, tak suka melawa, dress modestly, kawan sekeliling saya perempuan, tapi kenapa ada yang buat seolah-olah saya ni jalang, murahan, gersang, yang boleh diajak berskandal mendel. Saya tanya direct dekat mamat ni, apa saya ni nampak murahan sangat ke? Ada saya salah cakap ke sampai dia terangsang. Selamba je dia jawab, "Taklah. Saya memang suka ajak orang skandal". WTH. Dia suka agaknya kalau orang buat macam tu kat mak dia, kat pasangan dia, kat adik kakak dia. Mujurlah dengan suami saya boleh cerita segalanya. Penyudahnya Hubby kata jangan layan. Sedih tau kalau kita terpaksa hilang kawan sebab satu pihak lagi tak reti nak respect kita. 

Saya menyeru kepada isteri-isteri kat luar sana, hati-hatilah. Ramai tau spesis ni dalam hidup kita terutamanya di dunia maya. Janganlah ingat, "Ala, aku chat kat fb je.Bukan berkhalwat pun". Daripada chat, sms, call ni pun boleh runtuh rumah tangga. Tengok jelah dalam surat khabar. Ada isteri orang kena tangkap khalwat, lari ikut lelaki lain, berzina dalam rumah sendiri. Puncanya dari apa?  Jangan jatuhkan maruah anda. Saya merayu.

Oh ya, seperkara lagi. Tok sah lah nak tertipu sangat dengan gambar profile facebook saya yang cute tu. Tu gambar entah berapa tahun yang lepas. Masa belum kahwin rasanya. Mana ada orang nak letak gambar paling buruk dia dalam dunia maya. Kalau ada mesti orang lain yang upload. Saya tak suka nak bagi orang tengok saya dalam keadaan tak cute, gemuk, kusam dan pucat. Alah, korang pun sama kan, edit-edit sikit, touch up touch up sikit.

Rasanya ramai yang bersyukur sebab saya reject mereka dulu-dulu. Isteri diorang sekarang semua lagi cantik, anak pun comel-comel. Taklah diorang menternak isteri berpenyakit dan tak boleh bagi zuriat macam saya ni. Kalaulah niat kalian ni untuk keseronokan semata-mata, nak test power, atau menghancurkan rumah tangga orang, maaf cakaplah, "YOU CAN GO TO HELL!".

p/s: Maaf kalau dalam entry ini banyak bahasa yang kasar. Saya cuba meluahkan dengan jujur. Rasa lega sekarang. Kepada yang berkenaan, anda tahu siapa anda. Ada aku kisah kalau kau makan cili?

6 comments:

Puteri Purnama said...

Assalammualaikum dik,
legakan hati walau dengan cara apa pun..syabas dapat juga tuliskan rasa hati yg terbungkam tu.

Jangan layann sangat perasaan tu, bagus tanam sayur, jom jalan2 cari benih sambil melancong.

Dah berbuah agaknya labu kundur dan labu manis tu ye..ok. take care.

Nudabuffy said...

Kak Puteri, seronok ya berjalan satu Malaysia..Heheeh.. semoga kakak sentiasa sihat. Buah labu dah dapat petik, Kundur pulak dah mati kena serangan serangga.. Ganas sangat kak. Agaknya sebab daunnya manis.

Hidayah Salim said...

tarik nafas tenangkan hati, mari berkebun...heh heh ok!

Nudabuffy said...

hehehe,,dah cool dah.. lagi pun buah hati dah ada di sisi..

TukangKebun said...

Orang macam tu buat bodoh je dan ignore.
Mari kita berkebun...tenangkan fikiran.

Nudabuffy said...

Thanks tukang kebun. Rasa cam bersalah pulak buat entry ni.. Tapi takut orang tu ulang lagi. :P