Great stuff to be shared together...

Thursday, February 16, 2012

Perubatan Alternatif Vs Perubatan Moden

Bismillah.

Perghh..lama gila kot tak tulis blog.. diari ke mana, cerkon (cerita kontot) ke mana.. Almaklum, orang dah kerja lah katakan.. kekekeke.. Sibuk le kononnya.. Takde maknanya sibuk kan... Cuma tak berapa ada mood.. Nak sesuaikan balik kehidupan dan keluar dari kebiasaan duduk bersenang-lenang menganggur sebelum ni..

Selain daripada tu, saya sibuk juga mencari-cari alternatif perubatan untuk penyakit saya ni. Sementara doktor moden macam malas nak layan/rawat saya.. Kakakaka. Actually saya mohon untuk transfer ke Hospital di daerah Johor Bahru.. Yelah, takkan nak berulang ke Seremban lagi kan? (walaupun suka je sebab boleh cari alasan nak cuti.. akkakka). Tapi dah sebulan lebih doktornya tak siap-siapkan lagi surat.. Adoyai.. hari tu janji dua tiga hari je kot.. Ni dah lebih dua tiga minggu.. Apa mahu tunggu dua tiga bulan atau dua tiga tahun? Ahhh.. Ada aku khesah? Lagi best kot tak yah gi spital.. muehehehe..

Last appointment hari tu doktor cakap keadaan buah pinggang masih takde improvement. Katanya dah stage 4 daripada 5. Dah tinggal satu stage je lagi nak kena buat dialisis/ hemodialisis.. Dia dah suruh start cari gambaran macamana dialisis tu dibuat. Owh yes, saya memang banyak duit dan masa nak buat dialisis (angkat tangan ke dada, mata ke atas). So saya buat muka blur je.. Terus tukar topik pasal nak tukar hospital. Ramai yang nasihatkan jangan sampai buat dialisis, sebab you're not going to be same person anymore. Badan lesu, masa habis, ibadat dan kerja terganggu (berjam ye prosesnya). Jadi saya buat keputusan nak cuba je mana-mana kaedah perubatan alternatif yang orang cadangkan. Tak salah berusaha kan?

Lupa pula, sebelum tu saya ada pergi ke klinik biasa. Klinik Intan di bandar Kluang, Dr Zainudin. Mertua saya yang cadangkan supaya kami minta pendapat dia. Bagus doktornya, penerangannya jelas. Tapi dia tak dapat nak pastikan penyakit saya sebab x cukup maklumat tentang condition saya. Yelah, data kat spital private and confidential katanya. Maklumat pasal diri sendiri pun tak tahu, sebab bila saya nak baca report masuk wad saya yang tebal tu, nurse cepat-cepat tutup. Huhu..

Saya beli juga buku-buku pasal perubatan Islam. Terima kasih juga pada kawan-kawan dan kenalan yang sudi kongsi doa, laman web dan buku pasal kaedah perubatan ni. Saya cuba mana yang mampu.

Lepas tu, saya pergi cuba berubat secara alternatif di Taman Air Hitam, Kluang. Perawatnya bernama Encik Salleh. Kaedahnya unik sikit. Orang kata pembedahan secara batin tapi entahlah ya. Bila saya beritahu doktor kata buah pinggang saya kecut dia terkejut. Dia kata, "Saya tengok buah pinggang awak ni elok, cantik, sihat. Saya tak berani nak buat apa-apa sebab memang saya tengok takde masalah. Cuma awak ni memang kurang darah dan ada masalah urat saraf." Erk? Ye ke? Takkan lah dia saja nak refuse tak nak rawat kan? Sebab ramai orang datang dari jauh dan dekat untuk berubat dan ramai yang ada masalah buah pinggang kecut semakin pulih. Cuma kata pesakit tu, ambil masa. Kalau betul saya sihat, Alhamdulillah. Dia cuma beri senarai makanan yang patut saya pantang/kurangkan kerana boleh menjejaskan kesihatan buah pinggang. Selain tu dia auruh banyakkan minum air untuk lancarkan darah. Tapi Encik Salleh tu tetap yakin yang buah pinggang saya 'sihat, cantik dan elok'. Kebetulan lepas jumpa Encik Salleh ada appointment dengan HTJ. Aiyooo... keadaan masih sama. Siap doktor cakap berita tak baik. Tu yang kena pikir pasal dialisis tu.

Kemudian, baru-baru ni suami ajak saya pergi berurut dengan mak mertua kawannya. Ibu ni berasal dari Medan, tukang urut urat dan khas untuk kesihatan wanita. Biasanya orang yang ada masalah kewanitaan atau susah dapat anak yang pergi berubat dengan dia. Tapi dia kata datanglah dulu dia tolong tengok-tengokkan. Hujung minggu lepas saya pun balik la ke Nilai dengan semangat berkobar-kobar nak cepat sihat.

Ibu ni urut saya dari hujung rambut sampai hujung kaki. Bagi saya, kalau bukan sebab nak baik pun, at least saya dapat berurut tubuh sebab lepas beranak hari tu tak berpantang betul-betul. Badan rasa lesu dan sakit-sakit macam badan orang tua. Angin tok sah cakap lah. Saya rasa budak-budak lab dah tak heran kalau dengar orang sendawa kuat. Ibu tu cakap, badan saya memang penuh angin dan urat-urat semua bengkak-bengkak. Sakitnya masa kena urut, nauzubillah. Dia tekan sikit je tapi sakitnya macam nak putus nyawa, padahal saya ni jenis tahan sakit. Masa doktor gunting perut saya hidup-hidup (sebab luka ceaser terbuka) saya boleh tahan, tapi bila kena urut saya memang mengerang-erang. Cuma tak nangis je.

Katanya, urat besar dekat buah pinggang saya bengkak sangat-sangat. Mungkin dah lama, dari kecil barangkali tapi tak buat apa-apa. Bila dah lama simpan memang macam tu. Logik juga sebab masa kecil dah remaja saya memang lasak dan selalu jatuh. Pergi masuk hutan la, panjat gunung la. Perasan kuat la masa tu. Sepatutnya kena urut tiga kali, tapi sebab saya jauh dan makcik tu pun nak balik Indonesia, dia usahakan buat dua kali.

Satu sessi urut cuma RM 30 je. Sebelum balik, dia cadangkan jamu untuk surutkan bengkak urat. Satu untuk minum, satu untuk di sapu di bahagian luar tubuh. Setiap satu jamu tu RM 5. Sampai rumah, saya terus kong. Hubby yang masak, membasuh dan kemas rumah. Bangun untuk solat dan makan pastu kong balik. Tapi bila bangun pagi badan rasa segar sangat.

Esoknya saya datang lagi dan makcik tu urut lagi detail. Sejam lebih jugalah dia urut. Tapi banyak bahagian yang dah tak sesakit semalamnya. Walaupun masih terasa, tapi saya dah kurang mengeluh sakit, kira boleh tahan la.. Kecuali bila dia urut perut saya. Meraung la balik. Kakaka. Buat malu je. Yang kelakarnya dia cakap badan saya cantik. Saya cakap macamana pula cantik, perut saya besar tak padan dengan badan. Lepas tu dia kata, besar tu sebab bengkak, "Bila surut uratnya, iya langsing". kwangkwangkwang.. Ni yang berkobar-kobar nak kurus ni.. Mueheheheh.. Ibu ni pun pesan supaya banyak minum air untuk cuci dan lancarkan darah.

Oh ya, perut saya memang rasa bengkak lepas bersalin. Yelah, ceaser, perut saya berbonjol-bonjol lebam dengan darah beku. Ni masih ada sikit-sikit dan ada bahagian perut saya yang keras. Doktor pun takut tengok perut saya. Darah beku tu sepatutnya keluar melalui vagina tapi nasib saya tak baik, jadi pendarahan. Tu yang luka ceaser saya pecah dan kena gunting dan jahit balik tu. Yang geram tu, ada pula nurse yang marah dan bebelkan saya sebab katanya saya lasak sangat lepas bersalin. Padahal nak mengiring badan pun tak boleh, nak bangun gi tandas pun seksa ya Rabbi. Lepas ceaser tu juga diorang ada bagi injection dekat bahu dan punggung. Semua tempat injection tu lebam dan terbonjol menyebabkan badan saya nampak ugly sangat. Kadang-kadang yang kat bahu tu tetiba darah terpancut keluar dan menyebabkan ada percikan kat baju. Mula saya ingat saya minum air milo terpercik. Rupanya darah. Huhu.

Eh, melalut-lalut pulak. Berbalik pada Ibu dari medan (lupa nak tanya nama ibu tu). Bila saya dah balik Skudai, badan memang rasa letih. Kaki pula kejang dan sakit time nak solat. Tak tahu lah sebab kesan urutan atau sebab banyak sangat duduk dalam bas. Perut pulak 24 jam kebulur. Sampai tak boleh tidur malam sebab kelaparan. Bila hubby tanya kawannya tu, kalau rasa lapar maknanya tanda nak pulih. Hari ni saya rasa lebih segar sebab malam tadi boleh tidur dengan lebih lena. Mungkin betul badan dalam proses pemulihan.
Entahkan benar atau perasaan saya sahaja, tapi saya rasa pinggul saya yang bengkak dan berurat timbul tu macam makin kempis. Tapi perut maintain buncit.. kakakak.. Kena tanya hubby kerana dia lebih mengenali. Hahaha.

Saya tulis post ni bukan nak laga-lagakan perubatan moden dan alternatif. Dua-dua ada dasar dan prinsipnya. Cuma saya tak puas hati sebab bila di hospital saya tak dapat nak tahu dengan sedalam-dalamnya pasal masalah saya. At least Encik Salleh dengan Ibu ni takde apa yang nak dirahsiakan daripada saya. Dan diagnosis diorang tally. Rawatan pun dari luaran dan boleh difahami. Yang penting banyak minum air untuk lancarkan darah. Tapi yelah, saya ni nak tahu saya dah pulih ke belum pun nak kena check guna kaedah moden juga kan? Tak saya nafikan, selama saya dapatkan rawatan di hospital, ramai doktor dan jururawat yang betul-betul baik dan inginkan yang terbaik untuk kita.

Nak cuba perubatan alternatif pun kena tengok-tengok juga, takut orang cuma nak gunakan kesusahan kita cari untung jual ubat kan. Yang penting bagi mereka, masyuuukkkk. Musibah kita tu macam rahmat pulak untuk mereka. Macam saya sendiri, saya selalu berdoa memohon perlindungan daripada Allah supaya dijauhkan daripada niat serong manusia. Kalau saya rasa tak sedap hati dan rasa rawatan tu meragukan saya tak akan pergi. Saya pernah ikut saudara berubat dengan seseorang yang pandai tengok gangguan makhluk halus (perawatnya baru sahaja meninggal dunia). Syukur, katanya saya tidak terkena apa-apa gangguan. Apa-apa pun, ilmu perubatan tu sama ada moden atau tradisional datangnya daripada ALLAH SWT. Kepadanya kita bermohon. Kesembuhan tu pun milik-NYA.

15 comments:

@izY@N said...

Dayah..hari tu kite kna cysts buat kali kedua n doktor suggest kna operate sekali lagi.. Cuma kali nekad sebolehnya x nk operate.. Mcm manapun kita bg nama utk operate di hosp gomen dlm masa yg sama kite berubat ngan abg ipar kite..alternatif rawatan islam.. Alhamdulillah lepas sebulan, cyst langsung xde..bekas2 pun xde.kalau dayah nk leh la jumpa dia..dia duk melaka

xoxodolly candy said...

salam, kak izyan, blh sy tau mcm mane nak dpt an rwtn untk cyst 2...? sbb sy pn mgalami mslh yg sama...n tunggu masa nak oprate...

Anonymous said...

Salam boleh bitaw sy secara details.. Sms sy 0122018002 norafizah

Anonymous said...

sye bleh syor kn satu rawatan alternatif yg dpt menyelesaikan masalah nie iaitu dgn rawatan CERAGEM MASTER. Ianya adalah alat urutan berhaba automatik, boleh layari laman web ini utk tahu dgn lebih lanjut www.ceragem.net.my..

Secara basic nyer rawatan CERAGEM adalah rawatan yg menggabungkan rawatan timur dan juga rawatan alternative, dimana rawatan timur adalah seperti urutan (massage), tungkuan pada titik tenaga (moxibustion), tekanan (accupressure), FIR (far infrared ray) & chiropractic (rawatan tulang belakang).

Sekarang ini kami ada service yg terbaru dimana kita boleh lakukan rawatan ini di rumah selama 2 minggu dan Healing consultant kami akan dtg melawat sebyk 4x, dimana segala penerangan akan diberikan. Ianya lebih selesa guna dirumah berbanding dgn guna dicentre kami yg sehari lebih kurang 350 org yg hadir utk mendapatkan treatment dan beratur seawal 5.30 pg..

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Wani : 012 - 724 3127

Anonymous said...

sye bleh syor kn satu rawatan alternatif yg dpt menyelesaikan masalah frozen shoulder nie iaitu dgn rawatan CERAGEM MASTER. Ianya adalah alat urutan berhaba automatik, boleh layari laman web ini utk tahu dgn lebih lanjut www.ceragem.net.my..

Sekarang ini kami ada service yg terbaru dimana kita boleh lakukan rawatan ini di rumah selama 2 minggu dan Healing consultant kami akan dtg melawat sebyk 4x, dimana segala penerangan akan diberikan. Ianya lebih selesa guna dirumah berbanding dgn guna dicentre kami yg sehari lebih kurang 350 org yg hadir utk mendapatkan treatment dan beratur seawal 5.30 pg..

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Wani : 012 - 724 3127

mohd rafidy said...

as salam puan,
saya perlukan maklumat perubatan tradisional yang buat sebelum ini.sebab isteri saya pesakit buah pinggang mengecut.boleh kongsi maklumat dengan saya.hubungi saya atau email.
poexx9384@yahoo.com
0192660882(rafidy)

mohd rafidy said...

as salam puan,
boleh kongsi maklumat pasal sakit buah pinggang ni.sebab isteri saya sakit buah pinggang
poexx9384@yahoo.com
0192660882(rafidy)

Nudabuffy said...

En mohd rafidy: saya akan email ya. Maaf kerana lambat beri maklumbalas

Anonymous said...

Y

Anonymous said...

Assalamualaikum puan.saya jg ingin mendapatkan perkongsian maklumat tentan penyakit buah pinggang kecut, kerana suami saya br disahkan mengidap sakit ini mggu lepas..ini email saya
norasikin hamzah@gmail.com

Nudabuffy said...

Salam puan norasikin. saya dah hantar email tapi dia bounce balik la.

Farah Zafirah Ahmad said...

boleh bagi no makcik tu? atau alamat? email saya farahz_007@yahoo.com

hajar aziz said...

Saya pun nk jugak contact details makcik tu...email sy hajaraziz81@gmail.com

Anonymous said...

Salama pn.sya mnghidap pnyakit bush pnggang tahap 5 Dan sfang didialisis.nk mntk detail utk mngurut dri pn.email dkt mr.epek87@yahoo.com atau msg 0132965643.trima kasih

Nudabuffy said...

Salam semua.. kepada yang minta nombor contact makcik yang mengurut tu, saya minta maaf banyak2. Sebab sekarang anak/menantu makcik tu dah berpindah ke terengganu. Saya pun tak tahu makcik tu ada buat rawatan urutan tu lagi ke tak.. Moohon maaf sangat@ ya