Great stuff to be shared together...

Wednesday, June 22, 2011

Hujan Airmata

Hari ni hujan turun lebat selebat-lebatnya. Dalam masa yang sama kat dalam rumah saya pun 'hujan' juga selebat-lebatnya. Angin kus-kus dah datang le tu. Bukan apa, 22 April 2011 yang lepas, arwah Haziq dilahirkan. Kalau dia ada dah 2 bulan usia dia. Teringat pula perjalanan pulang ke kampung untuk pengebumian arwah. Hujan turun seolah-olah seluruh alam turut merasai kepiluan di hati kami. Dan demikianlah dalam kereta, hujan turun lebat. Saya, suami dan ibu mertua sama-sama menangis dalam senyap. Bila hujan turun, tak dapat tidak, kepiluan tu berulang lagi. Saya pula cari penyakit pergi layan OST Nora Elena yang sedih-sedih. Teringat scene masa Nora dapat tahu anak dia kena culik dengan Yvonne.

Saya terlihat diri saya dalam diri Nora. Seorang ibu yang kehilangan anak. Cuma saya kehilangan buat selamanya. Bila Doktor suruh buat pilihan sama ada nak diorang teruskan CPR untuk Haziq atau tidak, saya seolah-olah diberi sebilah belati untuk menghiris tangkai jantung saya sendiri. Saya tak mampu berkata apa. Hanya air mata yang jadi peneman. Setiap staff dalam NICU datang menepuk-nepuk belakang saya. Dan saya tahu apa maksudnya. Haziq sudah tiada peluang lagi.

Mungkin ada yang berkata, saya tidak redha. Saya sudah letih bila soal redha diungkit-ungkit. Lebih-lebih lagi oleh orang yang langsung tak mengenali saya. Saya cuba melupakan dugaan ini, tapi sering pula dipetik-petik oleh mereka yang tak berperasaan. Saya faham, mungkin mereka ikhlas ingin memberi nasihat. Tapi perlukah mereka mengingatkan saya pada waktu saya sudah mula pulih dan cuba bangkit. Lainlah kalau saya dah meroyan ke, duduk termenung cakap sorang-sorang ke. Ni tak semena-mena.

Bila saya dah mula bersedih, perkara remeh temeh pun boleh jadi besar. Hal kecik pun boleh melukakan hati saya. Kecik hati sebab orang tak jemput gi kenduri kawen pun dah sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Yang lagi saya tak paham tu, ada pula orang yang mengaku kawan baik saya buat perangai tak matang. Entahlah, dia nak merajuk dengan saya ke, nak tunjuk kerek ke. Dia tak boleh paham ke emosi orang yang sakit dan dalam tekanan. Profession tak padan dengan perangai. Hai entahlah.. Dunia..dunia..

Semoga ada sinar yang cemerlang di masa hadapan. Dan hal-hal yang gembira mula mendatang. Perkahwinan Kaklong, to start with. I hope everything goes well, and happiness will be hers.

1 comment:

izan izwan said...

Saya baru tahu melalui blog ni..salam takziah