Great stuff to be shared together...

Sunday, May 31, 2015

Tangan Dah Kasar, Kita Rehat Dulu

Assalamualaikum semua. Rasa macam belum lama tak update blog. Sekali tengok last post, 3 bulan lepas daaaa.. Adoyai, ni lah kalau penyakit malas dah merasuk diri. Bukan penyakit malas je, moody, grumpy, segala macam mak nenek kenegatifan bermaharajalela. Kadang-kadang rasa macam semua alter ego saya tengah bercakaran, masing-masing nak menguasai. Ke diorang berkerjasama nak wujud dalam masa sama. Eh, bunyi macam I ni ada membela saka pulak.. Hahahah.. Saya ada cakap dengan hubby, "Bang, kita rasa, kita ni macam dah nak gila". Yelah, kejap sedih, kejap marah. Kejap kesian dengan orang, kejap lagi menyampah pulak. Kadang-kadang tu rasa macam nak makan orang. Macam psiko kan? Kadang-kadang rasa macam nak jumpa pakar psikiatri pulak.

Pada suatu hari, tetiba rasa nak baca risalah salah satu ubat yang saya ambil sebab nurse kat dialysis centre tu cakap pulse rate saya rendah sangat. Ada sekali tu cuma 39/min. Saya syak salah satu ubat darah tinggi sebab tiap kali ambil ubat, pharmacist tak kata ubat darah tinggi, tapi ubat untuk jantung. Baca punya baca, rupanya memang side effect ubat tu. Tapi terkejut sebab selain tu, ubat ni boleh menyebabkan 'abnormal dreams, amnesia, depression, gait abnormality, hallucinations, insomnia, nervousness, personality change, somnolence, and tremor." Wow, it explains a lot kenapa saya makin pelupa. Selalu kalau orang pesan, "Nanti ingatkan....", saya ingat orang ada suruh ingatkan something tapi tak ingat apa yang disuruh ingatkan.. Okay, at least I am not phsyco. Ye ke?

Sekarang alhamdulillah hujan hampir setiap petang.. Pagi biasanya cerah.. Jadi ringan sikit kerja menyiram tanaman.. Atau dengan kata lain tak payah siram kecuali tanaman dalam pasu di kaki lima rumah. Tapi rumput rumpai hidup subur.. Setiap kali ada masa, kerja merumput je.. Tanah agak lembap, senang cabut guna tangan je. Punyalah subur, timbunan kompos dah bergunung-gunung. Tak habis-habis, baru nak clearkan tempat lain, yang baru cabut hari tu dah tumbuh rumput baru. Sampai kasar tangan kita. Huhuhu Harapkan Si Pindi (arnab peliharaan), bukan nak makan rumput, tanaman yang di makannya. Pokok edamame tengah berbuah dimakannya.. Geram je. Nasib baik I love you tau, Pindi. Buah terung yang meleret dekat tanah pun dikokaknya.

Kerja Si Pindi. Depan mata kita dia buat kerja. Selamba.

Rumput-rumput yang dijadikan kompos tu saya masukkan dalam tong gabus dan semai macam-macam benih dalam tu.. Hasilnya sangat memuaskan hati..

Herbs Box. Sweet Basil, Dark Opal Basil, Thai Basil. Peppermint, Pegaga, Nasturtium, Lekiu  tak kelihatan sebab Basil bushy sangat. Ada juga sepokok gomphrena putih dan beberapa pokok keembong yang tak tahu warna apa.


 Box kedua ni ada pokok keembong juga, pokok cili besar, bawang, dan zinnia warna krim. Cili besar dah mula berbuah dan lekat. Hasil kerja keras sekumpulan semut. Tapi diorang membela bena hitam lah pulak.


Add caption

Box ketiga ni dipenuhi anak benih bendi merah. Tak sangka pulak masih bernas biji benihnya sebab dah lama simpan benih ni.. Tak simpan dalam peti sejuk pun. Campak je dan boleh kata semua tumbuh. Alhamdulillah. Ada anak tomato jenis italian paste di celah-celah anak bendi tu.

Anak benih bendi merah.

Yang ni ada bunga telang dan terung panjang hijau. Baru juga alih pokok terung tu. Ada juga gomphrena ungu dan velvet lace dianthus.
 Box yang di bawah ni, tong kompos saya yang pertama. Masa tu, ada satu ni je tong. So, segala macam biji benih saya campak dalam ni. Yang menguasai terung panjang hijau. Sangat puas hati tanam terung ni sebab sangat cepat besar tapi lambat tua. Bunganya pun lebat. Ada tomato, carrot, kobis, kailan. Hari tu ada zucchini tapi mati kering sebab tuan dia balik kampung, takde orang tolong siram.

Add caption
 Kalau berkebun, tak sah kalau takde pengunjung. Lihatlah gambar kat bawah ni. Besar bukan beluncas tu..Agak2 beluncas untuk rama-rama apa ya? Dua ekor je, tapi hampir botak pokok terung ni. Hari tu jumpa seekor dekat pokok terung lain. Botak terus daunnya. Tapi lepas tu tumbuh semula daun baru yang lebih cantik.





4 comments:

suka suka said...

Assalam Nurul... memang lama betul tak update kebun ya.. sekali sekala update .. haa tu dia... gebu2 semuanya... esp basil tu... tumpang seronok cuci mata.

semenjak tiada laman ni dah tak menyemai basil... yg tinggal hanya thai basil.. jadila ... pasal ubat tu .. byk pula side effectnya... akak ni pun dah tahap byk tak ingat juga... ubat juga sebabnya ...

Nudabuffy said...

wslm Kak Mar.. Memang happy dengan basil tu.. tanam dekat batas x pulak menggebu macam tu. Pindah masuk tong kompos terus subur. Alhamdulillah. Tu dah tuai beberapa kali, buat ulam dan masuk dalam sos spaghetti. Ubat darah tinggi juga ya Kak Mar?

TukangKebun said...

Salam Nurul.

Memang tahun ini rezeki hujan banyak tak laratkan nak merumput.
Asyik merumput je.
Macam-macam subur Nurul tanam banyak pilihan.
Hahaha itu sebab tak bela-bela lagi arnab habis tanaman semua dibaham.
Sini pun ayam-ayam dan tupai pula dok makan segala.
Dahlah kuku besi habis semua anak-anak pokok tercabut sekali.
Lak ni anak pisang batang-batang atau pucuk baru habis diratah itik.
Makan ubat ni memang ada side-effect kan ikut jenis boleh menggangu balance hormone kita.
Moga tumbuhan-tumbuhan dalam kebun Nurul yang tak berhenti-henti berzikir beri ketenangan kepada Nurul.
Bila nak mula rasa turun ke kebun ni rasa malas je nak buat, bila dah mula lama-lama ralit pulakan, otak pun macam clear tak de nak fikir benda mengarut, mungkin sebab zikir-zikir tumbuhan di sekeliling.

Nudabuffy said...

Salam Diana.

Kalau membela ni memang kena banyak sabar kan? Kadang-kadang haiwan peliharaan kita nakal, suka menduga tuan dia. Tapi dalam kenakalan diorang tu ada juga sumbangan pada kita, jadi nak marah pun kadang-kadang tak sampai hati. Betullah, masa berkebunlah perasaan tu tenang dan tak fikir yang bukan-bukan. Sehari tak tengok pokok rasa tak lengkap hari tu.