Great stuff to be shared together...

Monday, February 23, 2015

Akhirnya Berjaya Tanam Tomato Sampai Berbuah

Assalamualaikum.. Hai kawan-kawan.. Hari ni nak share foto tanaman di kebun mini saya.. Ada edamame, nasturtium, timun tun, bok choy, dan yang paling penting, TOMATO. Dah banyak kali tanam tomato, tapi gagal.. Akhirnya berjaya juga. Pokok pangkalnya, jangan berhenti berusaha ya!

Edamame Sayamusume. Seeds from Seeds Galore.

Satu lagi. Ada tiga pokok je. Dah makan dah kacangnya. Sedap!

Putik timun tun. Biji benih dari timun yang dibeli di pasar.
 Timun tun ni lekat sebiji je. Pokok yang selamat cuma dua daripada banyak. Sebabnya ada ayam terlepas masuk kawasan tanaman. Habis dicabutnya. Buah yang lekat tu kecik je. Petik pun sebab pokoknya mati kekeringan disalai mentari. Tapi buahnya manis sangat..

Salah satu pokok mulberi. Our favorite. Keratan dari rumah mak.

Tomato biasa. Juga dari buah tomato yang dibeli di pasar.

Tomato renek. Seeds from Kedai Dua Hengget.

Peek-a-boo! See ya!

Lebat bunganya. Harap-harap bertahanlah dalam cuaca panas ni.

Yellow pear cherry tomato. Seeds from GO GREEN.

Nasturtium King Theodore. Bought 5 types of Nasturtium. 3 je yang hidup. Salah teknik.

Purple tomato. Baru berbunga. Tapi banyak pokoknya yang survive.

My mini nursery. Cacamarba asal boleh.

Tinggal berapa pokok je. Yang lain kena kais dengan ayam.

Ada pokok lada solok solo. Lokasi bawah pokok ubi.

Carrot dari sisa beli di pasar. Harap-harap sudilah dia berbunga. Aamiin.
I'm kinda obsess with replanting my vege scrap. Lepas tengok satu video yang Mama Pongkey share dekat facebook. Carrot, bok choy, daun bawang, daun sup, lekiu, apa yang boleh lah. Berbaloi dan menjimatkan. Saya dah dapat 5 pasu lekiu yang ditanam daripada pangkal. Tapi daun sup fail.. Hihihi.. Asyik lecur je.. Salah teknik juga agaknya..

Oklah, sampai sini dulu. Chao!

4 comments:

A.I said...

eee..geramnye tengok edamame & mulberi tu . semuanya menjadi :)

TukangKebun said...

Wah meriah sungguh kebun Nurul sekarang.
Macam-macam ada.

Nooriah Abdullah said...

syiok nya akak tengok macam2 ada kat kebun tu takyah gi pasar dah ni kan

Nudabuffy said...

Alhamdulillah, adalah hasil sikit-sikit.. Edamame tu saja cuba-cuba tanam.. Pasar tetap nak kena pergi sebab nak makan ikan laut.. Hihi.. Tapi memang banyak dapat jimat untuk sayur.