Great stuff to be shared together...

Wednesday, June 18, 2014

Metamorfosis

Salam semua.. Buat apa tu? Saya tengah sejukkan badan sebab berpeluh-peluh masak.. Hari ni menu tomyam ayam kampung. Ada orang mengidam suruh kita masak tomyam.. Selain ayam kampung, bahan-bahan lain macam cili padi, daun tomyam (sawtooth coriander), serai, daun limau purut dan lengkuas freshly picked homegrown mari. Malas tangkap gambar sebab pak mertua ada kat dalam rumah. Nanti dia kata menantu dia takde kerja masak pun tangkap gambar.. Huwawawawa..

Hmm.. Sebenarnya nak tunjuk gambar-gambar pokok limau purut saya yang botak kena kokak dengan beluncas.. Banyak sangat sampai terpaksa ambil bahagian pucuk sebab daun yang sedang elok semua kena makan. Nampaknya tunas rasa beluncas ni hebatlah kan?

Hii... banyaknya tahi awak

Nampak tak kelongsong kepompong yang dah pecah kat daun atas?

Belum boleh terbang lagi ni.. Tengah sun bathing. Nampak tak adik dia mengintai kat daun belakang tu?


3 comments:

suka suka said...

Assalam...semoga bahagia hidup sekarang berterusan.. macam lain ibu dan anak..

Ummu Madihah said...

Salam Nurul,

Rindunya kat Nurul, lama x buat entri ya! Harap Nurul sihat! Mak Aji selalu kena kat Pak Aji bab ambil gambar tu, x kiralah lepas masak ke apa ke, he he! Cantiknya rama2 tu! Kira sedekah ajelah ya daun tu kat beluncas tu, upahnya untuk Nurul, dapat tengok rama2 yang cantik tu!

Nudabuffy said...

Suka-suka ~ salam Kak Mar. Haah, lain kan? Tak sangka pulak budak hijau tu cantik pulak bila dah jadi rama-rama.

Ummu Madihah ~ Salam Mak Aji. Rindu juga sesangat kat Mak Aji. Busy sangat sekarang. Hehehe. Segan punya pasal, takdelah gambar. Tu yang malas nak buat entry.