Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 15, 2011

Ulasan Filem : Karipap-Karipap Cinta



Macam kelakar je tajuk nya kan.. Saya ada terbaca dalam surat khabar, filem Karipap-Karipap cinta arahan Hafsham ni tak mendapat sambutan walaupun jualan novelnya laris.Rata-rata komen mengatakan yang diorang tak suka sebab heronya Gambit. Almaklumlah, Gambit ni banyak sangat kontroversi katanya. Ada juga yang kata heroinnya budak baru. Tak terkenal. Tak ada nilai untuk melariskan filem. Dengar-dengarnyalah.

Untuk Sinopsis filem boleh baca di sini dan sini.

Saya dah baca novel dan tengok filemnya. Oleh sebab saya ni bila baca novel saya macam perasan saya duduk dalam buku tu (sebagai pemerhati besar, bukan heroin), memang novel ni sangat menggeletek hati. Bahasa yang ringkas, tapi tajam menyelar kebobrokan semasa. Ahli politik yang korup, cinta gila yang memusnahkan manusia, fitnah dan skandal bermaharalela. Saya rasa filem tu masih dikira berjaya sebab tak jauh berbeza dengan novel. Bagi saya ini lebih baik daripada buat cerita yang ada aksi rempit, ranjang, ghairah, gerun dan ganas bagai tu. Kononnya nak bagi pengajaran tapi pengajaran yang tak elok.


Lakonan Gambit tidaklah seteruk yang digambarkan. Malah watak Ali tu macam memang dibuat untuk dia. Orangnya agak terburu-buru dan selalu terlepas cakap (tak macam Gambit ke? Ampun Gambit..jangan saman saya). Tapi niatnya taklah jahat pun. Manusia ni memang suka melakukan kesilapan walaupun kadang-kadang kesilapan bodoh yang melukakan hati orang di sekelilingnya. Terutamanya manusia yang bercinta. Watak-watak lain pun macam sama dengan imaginasi saya semasa membaca. Watak Yoga (dalam buku Rambai), Aman, dan Rudy. Tapi saya ingat Eman Manan akan jadi tok guru karipap. Pastu Datuk Jalaludin Hassan jadi Datuk Razali Bunari. Hahahahah...

Cuma...cuma..cuma... yang teramat potong nafsu nak menengok filem ni dah tentulah watak heroinnya. Bukan sebab Melia tu ta pandai berlakon. Bukan. Dia ok walaupun ala-ala je. Cuma pakaiannya tak sesuai untuk watak seorang graduan al-Azhar yang termasuk dalam 10 yang terbaik seluruh al-Azhar. Sila tengok poster. Rambut dah la tersembul dan ada masanya tak bertudung. Baju pulak, ketat, sendat, pendek dan jarang. Perempuan tak al-Azhar pun tak pakai macam tu la sis... memalukan kaum perempuan. Padahal membawa watak sebagai ustazah yang nak berdakwah melalui komik. Keluarga pun nak carikan pasangan dari golongan ustadz, tapi emaknya pun sama rambut berjuntai.. Adoyaiiii..Dah takde ke pelakon perempuan yang boleh bertudung? Entah kenapa saya terbayang wajah Irma Hasmie yang jernih ayu lagi sesuai untuk watak tu. Malah ramai lagi yang boleh lakonkan watak ustazah yang pandai melukis komik, pandai buat karipap dan pandai bersilat tu.. Huhu.. Frust menonggeng saya bila watak perempuan keluar.

Tapikan, tak tahulah kalau Hafsham memang purposely buat macam tu. Almaklumlah, ayah Sarah (watak heroin) tu orang politik.. Susahkan nak tengok wanita-wanita politik pakai tudung elok-elok? Oppppsss.. Terlebih sudah.

Eh, tiba-tiba rasa nak baca novel Karipap-Karipap Cinta Semula. Tapi kat kampung daaa.





   

No comments: