Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, September 29, 2012

Line Internet Rosak. Huhuhuhu.


Miss me? Miss me not? Lama sungguh rasanya tak berleter kat sini. Line internet kat lab rosak… Sedih yang amat. Kena panah petir katanya. Nak baiki *** takde duit. Tak adil. Sekarang semua guna online. Banyak kerja tergendala. Huhu..

Hmmm.. sepanjang tempoh kehilangan saya, banyak update yang dah jadi outdated. Kebun saya yang kosong dah jadi tahap hutan belantara. Pokok dah lebih tinggi daripada tuannya. Kahkahkah. Tak tahu lah apesal diorang jadi gabak macam tu. Ada tanaman yang terbantut. Tapi yang pastinya, no luck with flowerssssssssssssss. Pokok keembong, satu-satunya pokok bunga yang tumbuh, menggila dan mabuk daun, tapi bunga hampeh. Dahlia tak tumbuh langsung. Tapi pokok sayur agak memberangsangkan. Pokok percuma saya, iaitu peria (atau pare-versi jawa), dah mengeluarkan hasil. Walaupun buahnya tak sebesar yang dijual di pasar tapi memang puas hati sebab pokoknya tak perlu penjagaan rapi. Cuma perlu bantu pendebungaannya je. Bendi tiap-tiap hari dapat tuai, sampai dah tak kose. Takde idea dah nak masak apa, So hantar balik kampong je la. :P eksen kan?

Oh ya, kami ada beli pokok cili habanero (ke? baru baca pasal cili terpedas di dunia kat blog encik iskandar). Buahnya lebat, tapi kami tak tahu nak gunakan untuk apa. Rasanya tak menepati citarasa kami. Siapa-siapa ada idea? Banyak sangat dah kumpul buah cili masak ni. Nanti saya upload gambar bila free nak pastikan nama sebenar pokok cili tu. Oh ya, tanaman kami diserang aphid secara berleluasa. Banyak pokok yang mati sebab terlalu bermaharajalela. Pokok-pokok yang berbau kuat seperti ulam raja, selasih dan tomato pun tak terkecuali. Dah cuba air bancuhan sabun, tapi tak menjadi. Cuba juga racun serangga (tak organik dah, huhuhu), tapi pokok jadi lecur walaupun bancuhannya cair. Keciwa, keciwa.

Tapi yang bagusnya, ramai dah jiran-jiran yang ikut berkebun. Hari tu jiran selang sebuah rumah, Kak Dila puji tanaman kami semua menjadi. Err..tak semua sebenarnya Kak Dila.. Dia tanya kami guna baja apa. Semalam nampak dia dah anak-anaknya berkebun. Hehehehh.. Lepas tu, jiran selang sebuah rumah sebelah kiri pun dah ada kotak-kotak polisterina kat tepi rumah dia. Nampak ada kangkung, bendi dan macam-macam. Tapi kami syak dia guna tahi lembu la.. Kuat bau dia. Pastu pagi tadi bau tahi ayam pulak.. Pelik juga, mula-mula ingat ada orang bela lembu kat kawasan taman perumahan. Kakakakaka.

Ahhh.. banyak sebenarnya perkara yang berlaku sepanjang tempoh kehilangan saya ni. Tapi secara ringkas:
Life and Marriage --> Brilliant
Hobbies---> So-so. Ketinggalan banyak setem best sebab tak dapat topup soda akaun. Tanaman ada yang kena serangan.
Health--> Merosot.
Work-->Love my work. Hate bureaucracy.


Nanti ada masa kita cerita lagi.. Sayang semua.