Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 29, 2011

Happy Belated Birthday Cayang!

Arrrrr...dah dua minggu lebih terlewatnya nak buat post untuk suami tersayang sempena birthday dia.. Macam-macam hal yang berlaku sepanjang tempoh ni.. Oh ya, 13 Mac lepas birthday big boss saya. Kalau ikutkan banyak benda nak letak dalam post ni.. tapi nampaknya dah basi.. eheheh...

Kalau ikutkan, bukannya saya yang meraikan dia, tapi sebaliknya. Kitorang pergi jalan-jalan, lepas tu tengok perlumbaan basikal Jelajah 1Malaysia yang kebetulan lalu dekat Nilai hari tu. Ada video tapi besar sangat saiznya. Dah la broadband ni semput. Hari tu LeTour pun lalu sini. Heran juga ya, sebab jalan berlubang-lubang pun boleh jadi trek perlumbaan.. Eheheh. Kononnya nak pergi photoshoot konon-konon. Sudahnya, photoshoot dalam rumah je sebab panas sangat kat luar. Inilah hasilnya bila rumah x cukup pencahayaan.

masa kandungan 24 minggu

Nak jadi cerita, keesokkan harinya kami dapat berita kematian Embah (nenek) suami. Kelam-kabut juga jadinya sebab suami dah bersiap nak ke tempat kerja. Saya pula ada appointment di Klinik Pakar HTJ sebelah petangnya. Mulanya, saya ingat biar suami je yang balik. Saya takut nak memonteng appointment. Then baru terfikir nak call hospital untuk tukar tarikh temujanji. Tapi tetap kena ke ke HTJ dulu. Adik-adik ipar, Abu dan Idah kami suruh naik komuter ke Seremban. Temujanji saya ditunda seminggu. Tapi darah tetap kena sedut juga. Huhu..Selesai hal temujanji, komuter pulak sangkut sebab ada komuter lain rosak. Bila telefon ke kampung, jenazah dah pun dikebumikan. Aduhai, kesian. Tak dapat nak menatap wajah arwah buat kali terakhir. Tapi yelah, itu yang terbaik, mempercepatkan pengkebumian.

Kebetulan tarikh temujanji baru saya sama dengan tarikh ambil sampel darah dan air kencing. Tapi ambil darah pagi. Appointment petang. Punyalah jenuh menunggu sampai naik temper saya dibuatnya.. Akibatnya, tekanan darah saya naik, dan terus kena admit lagi.. huahuahuaua... Tak memasal berkampung lagi dalam wad. Kesian hubby kena hantar barang dan takde orang memasak untuk dia. Wad kali ni memang untuk ibu mengandung dan bersalin. Lagi strict dari wad lepas. Nak keluar kejap pun dia tak bagi. Dos ubat pulak diorang main doublekan je. Dah macam gudang ubat je rasanya.

Nak dijadikan cerita lagi, handphone saya terjatuh dalam toilet. HUHUHUHU..kalau tandas duduk takpe lagi. Ni tandas cangkung yang maha dalam pulak tu.. rasa nak nangis time tu juga. Dah la handphone tu jelah penghubung dengan cayang saya. Nurse tak bagi tinggal-tinggal kat bed. Nasib ada beberapa keping duit syiling pastu curi-curi telefon kat public. Tu pun mak guard dah bising-bising suruh masuk. Pastu adalah beberapa insiden mencemaskan kat wad ni (malas nak cerita). Macamanalah darah den nak turun.. hohoho.

Tapi yang paling geram tu, time diorang bagi discharge, dia x bagi pergi bayar bil sendiri. dah la xde phone nak bitau hubby. Dia nak suruh suami atau waris juga yang bayarkan. Padahal kaunter tu tingkat bawah tu je hah. Kalau dia takut sangat memudaratkan pesakit, baik dia tolong tolakkan naik wheelchair. Dengan muka sedih nak nangis saya btau lah yang takde hp. Barulah dia offer nak call suami. Tu pun tak leh cakap sendiri. Dia yang cakapkan. Huhu..kalau boleh balik sendiri, pagi-pagi dah boleh keluar. Dahlah dah tengah hari baru nak bagi bil dan btau x boleh bayar sendiri..Kalau tak awal-awal dah cakap dengan yayang so dia boleh amik half day. Hubby sampai lebih kurang pukul 4.30 ptg. Ingatkan diorang dah sediakan semua. Rupanya macam-macam benda lagi yang nak kena settle. Appointment diorang tak amik lagi. List ubat dia tak bagi sekali dengan bil. Sudahnya menanti-menanti je kerjanya. Yang cik abang pulak asyik kena turun naik. Makan jam jugalah baru selesai. Ayoyoyo..

NAsib baiklah happy sebab nak keluar wad. Pastu weekend anak sedara kesayangan nak datang. So happy sebab meriah rumah kitorang walaupun sesak and tidur bersepah-sepah. Thanks Kak Pojit + Abg Awie, Kak Yaya + Abg Nazim, Idah dan Wawi sebab sudi datang rumah kecik kami. Sorry ya sebab tak dapat layan beria sebab badan asyik kebas-kebas je. Bila-bila free datang lagi tau! LOve you all.

Tuesday, March 1, 2011

Appointment 28 Februari 2011

Semalam saya pergi ke temujanji rutin dengan Pakar Nefrologi dan Pakar O & G Hospital Tuanku Jaafar. Mulanya excited sebab ingat dapat ushar baby dalam perut ni. Tapi mood makin lama makin menurun. Pertamanya, kerana terlalu banyak proses menunggu yang menaikkan tekanan darah. Dah berapa hari pantau sendiri tekanan darah, ok je. Stabil. Alih-alih bila jumpa doktor, tekanan jadi 150/100 mmHg. huhuhuhuhu.

Sessi pagi jumpa pakar Nefro dulu, Dr Lily. Dia kata, fungsi buah pinggang makin merosot. Macam biasalah, sekarang kalau jumpa doktor, saya sengih-sengih je. Dah tak larat nak sedih-sedih dan menangis. Lagipun, kalau ikutkan bacaan creatinin 216 tu masih lebih baik daripada masa saya kena admit hari tu, 225. Entahlah ya, diorang pakar, diorang lagi tahu lah kot.

Masa sessi petang ingatkan doktor akan scan baby. Tapi rupanya cuma dengar degupan jantung baby je. Tapi tetap excited. Sebab dia sihat. Baru nak tengok aksi-aksi dia melasak dalam perut. Terlalu lasak sampai sekarang ni selalu je termuntah masa/lepas makan sebab dia menggelodak dalam tu. Lepas ni, temujanji di O&G akan jadi seminggu sekali. Saya kenalah belajar naik komuter ke Seremban. Kesian suami asyik kena curi masa kerja nak hantar ke Hospital.

Setiap pakar ada pendapat masing-masing. Ada yang sama dan ada yang berbeza. Diorang sepakat yang kandungan ni memang berisiko untuk merosakkan buah pinggang saya. Tapi saya dapati pakar nefro lebih cenderung untuk mempengaruhi saya menamatkan kandungan, berbanding pakar O&G yang percaya yang saya patut diberi peluang untuk mempunyai anak sendiri. Bagi saya sendiri, sama ada saya teruskan atau tamatkan kandungan ni, perkara ni takkan tamat di sini sahaja. Saya rasa, saya akan jadi bahan ujikaji. Cuma bezanya, sama ada saya akan ada anak sendiri atau tidak.

Saya diberitahu lagi, semakin lama kandungan ni diteruskan, semakin berisiko kepada ibu dan bayi. Jadi, kemungkinan pada minggu ke 28 saya sudah perlu dimasukkan ke wad. Target mereka sekarang ni untuk membawa kandungan sehingga minggu ke 32. Seterusnya saya akan di'induce' supaya melahirkan. Tapi sekiranya keadaan sukar dikawal, kelahiran terpaksa dilakukan sebaik sahaja bayi mempunyai berat melebihi 1 kilogram. Sekarang saya baru 22 minggu. Ada lebih kurang dua bulan lagi untuk mencapai berat tersebut.

Dua bulan adalah satu tempoh yang lama bagi kandungan yang berisiko. Macam-macam boleh terjadi. Tapi dua bulan juga waktu yang sangat singkat untuk bakal ibu-bapa baru macam kami untuk membuat segala persiapan. Perlu tak kami membeli kelengkapan sekarang? Kalau tidak, bila waktu yang sesuai? Kalau ya, apa yang wajar disediakan? Walaupun saya cuba untuk tidak memikirkan kemungkinan bahawa anak ini bukan rezeki kami, tapi saya perlu juga realistik kan? Supaya tak terlalu mengharap dan kecewa, walaupun dalam hati ini kuat mengatakan yang kami akan mampu mengharungi saat sukar ni. Semoga doa-doa kami diperkenankan Allah SWT. Amiin.