Rupanya
memang dekat tetapi ada perbezaan yang ketara. Warna batang selasih
ungu, batang kemangin hijau. Daun selasih lebih tirus berbanding daun
kemangin. Yang paling jelas baunya berbeza.
Jadi saya rasa selamat untuk menamakan pokok basil yang saya tanam sebagai selasih. Hehe.. Semuanya berdasarkan ciri-ciri yang disebutkan oleh Encik Iskandar.
![]() |
Pokok Selasih saya. Dah berbunga pun. |
![]() |
Ingat nak close-up tapi susah nak dapat gambar cantik. |
Oh ya, sejak mula bercucuk tanam ni, kami suami-isteri dah tahap kemaruk. Semua benda nak tanam. Pantang nampak biji benih, mesti kutip dan semai. Biji tomato yang saya semai dah bercambah. Tengoklah kalau diorang mampu hidup ke tak. Suami siap semai anggur. Hahaahha. Sekarang tengah kumpul biji tembikai (beli weekend hari tu) dan capsicum.
Lepas tu, punya lah desperado nak makan pucuk ubi, tanam batang ubi dalam plastik beras. Dah keluar pucuk dah. Hari Isnin, hubby tanam keledek pula dalam container. Kakakak. Kakak ipar saya gelakkan kami tanam keledek dalam bekas. Takpe...takpe.. Kang keluar keledek, nak show off.. Kekekekk.
eh, boleh la tanam keledek dalam bekas. ada seorang blogger saya nampak dia tanam keledek dalam bekas dan hidup subur.
ReplyDeleteMoga berjaya!
ye ke? blog siapa? nak gi baca dan tambah pengetahuna. TQ
ReplyDeletepaham sangat kalau dah tahap desperado nak bercucuk tanam nih. bukan sahaja kemaruk dah jadi ketagihan pulak ;)
ReplyDeletesebut pasal kemaruk....mlm tadi dah kena tegur,,baikkk punya. Mana taknya, balik kerja jer kejar ke garden belakang rumah dulu..alih2 dinner jam 8.30.
ReplyDeleteinsya-Allah boleh tumbuh keledek tu dalam container. cuba tengok kat blog malay-kadazan girls dan kebun bahagia bersama, diorang banyak tanam dalam containers. gemuk-gemuk! geram tengok :p
ReplyDeletemat jon~ Kan? 'berhantu' agaknya hobi ni.. Kekekke..
ReplyDeletelynnhelite~ samalah kita. Pagi-pagi sebelum gi kerja nak tengok pokok dulu. Balik kerja sebelum masuk rumah tengok lagi.. Pastu sebelum maghrib tengok lagi dengan hubby. Selagi ada bekas dengan tanah, musti mau tanam..
ReplyDeletewani sc~ haah.. dah tengok.. makin bersemangat jadinya. Sekarang kalau ada masa, wajib pergi tengok blog kebun kawan-kawan. Best sangat..
ReplyDeleteeh betullah,nowadays pantang tengok container, mesti nak bawak balik...he he
ReplyDeletehehehe,,betull.. ni nak bawak balik lagi..
ReplyDeleteBest kalau husbNd n wife sma2 minat grdening.... Saya dalam oroses nak cari pokk2 ulam kampung ja nak tanam ni.....
ReplyDeletehmm..suami saya sekarang lagi obses daripada saya.. tambah seronok sebab dia supportive
ReplyDelete