Great stuff to be shared together...

Wednesday, April 11, 2012

Amar Makruf Nahi Munkar

Bismillah..

Beberapa minggu yang lepas mak saya ada berkunjung ke rumah kaklong. Banyak yang kami bualkan.. Hubungan mak-anak kami lebih terbuka. Boleh berkongsi apa sahaja sebab mak memang pendengar yang baik. Mak sangat terbuka untuk berbicara walaupun semasa umur kami masih kanak-kanak. Tak kiralah cerita di sekolah, cerita cinta-cintun, kawan-kawan dan masalah dunia sekalipun. 

Dalam bercerita tu, terselitlah juga keluhan mak. Kita ni susah betul nak ajak orang buat baik dan halang orang buat benda yang salah. Walaupun kita tahu apa yang betul dan apa yang salah. Contohnya, kalau ada tetamu bertandang ke rumah, segan betul nak pelawa diorang solat sebab diorang langsung tak pernah bertanya. Saya seratus peratus bersetuju sebab itulah dilema yang selalu melanda diri saya. Secara peribadi, saya sangat takut orang yang ditegur berkecil hati dengan saya. Takut sangat dibenci manusia. Kemudian saya tersentak bila terbaca di status kawan saya berbunyi ,"Biarlah dibenci orang, jangan dibenci Tuhan". Astaghfirullah al-'azim.

Sebelum ni saya selalu menggunakan pendekatan, awak nak buat, buatlah. Tapi jangan ajak saya. Awak nak pilih yang haram pilihlah, saya nak pilih yang halal. Tapi rupanya saya terlupa, dengan membiarkan, saya menanam satu benih dosa. Yang akan bercambah dan berkembang biak.

Kita tak perlu jadi terlalu baik untuk menyampaikan kebenaran. Hakikatnya, kita pun tak perlu jadi penjenayah untuk menambah dosa. Tapi susahnya nak melenturkan hati memujuk iman agar semuanya terzahir di lidah atau tulisan. Bukan setakat itu, kadang-kadang segan pula nak melakukan kebaikan. Takut nak buat solat dhuha di tempat kerja atau menghulur derma, bimbang dikatakan menunjuk-nunjuk. Segan nak mengaji bila dipuji takut-takut timbul riak. Bila nasihat ditolak, rajuk pula berpanjangan. Putus asa dan tawar hati, lagi-lagi bila melibatkan orang yang kita sayangi, yang kita ambil berat. Entahlah. Mungkin iman sendiri masih terlalu rapuh, ringan, bertebaran dibawa semilir. 

Kadang-kadang teringin sahaja membiarkan pengalaman yang mengajar. Tapi bagaimana kalau pengalaman itu guru yang terlalu kering hatinya? Ah, bukan dia tak pernah belajar halal dan haram. Bukan dia tak tahu apa yang salah apa yang benar, dosa dan pahala. Biarkan dia rasa. Kalau dia tidak ingat? Sesungguhnya godaan duniawi tu terlalu indah walaupun semuanya hanyalah pinjaman. Betullah, indah fatamorgana melalaikan menipudaya. 

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah


Gambar: Dhia Amni




Awww..montelnye kamu.. ni yang tak sabar nak balik nak cubit..Nyum!

Monday, April 9, 2012

Selamat Datang Ke Dunia Yang Fana - Nur Dhiya Amni

Alhamdulillah, kakak saya dah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 4kg melalui pembedahan.

Tak sabar Mak Ngah nak tengok budak yang tembam amat tu.. Nur Dhiya Amni.. Ikut muka ayah ke ibu eh agaknya..

Friday, April 6, 2012

Balik Lambat

Ok, saya anggap ni fair sebab semalam saya datang kerja lambat.. Huhuuh.. tapi bila agaknya dapat siap kerja ni..Ni gara-gara ada pelawat pagi tadi.. dah tergendala kerja. Padahal dah cakap jangan datang hari ni..Sabor jelah..

Arghh.. ni mau pukul 7.oomlm baru siap ni.. kalau pukul 7.. minta-minta la ada student nak stayback..

Thursday, April 5, 2012

Khamis Yang Kesiangan

Huhuhu...hari ni lambat gi kerja. Nilah akibatnya kalau baca novel sampai 1 pagi pastu sambung tidur lepas subuh.. Dah terkejar-kejar sebab dah lewat ke tempat kerja. Betullah orang kata, tidur lepas subuh rezeki mahal, tak sempat nak sarapan. Sempat teguk air ribena je..Huhuhu

Air Ribena? Teringat pulak kat suami tercomel. Semalam dia sibuk sangat sampai tak sempat makan. Just minum air ribena. Dah malam baru makan nasi. Kesian comel kita.. Dia sibuk, yang isteri dia ni asyik merengek minta dia pulang ke pangkuan. Perasaan rindu tu dah terlalu memberatkan perasaan sampai takde hati nak bekerja. It's sooooo unbearable. Entahlah, mungkin dah syok sangat bersara setahun. I've become a bit too dependent. Padahal dulu semua boleh buat sendiri. Now, shopping alone pun rasa macam nak nangis. Rasa kesian kat diri sendiri. Padahal dulu apa yang saya tak usung naik motor tu. Heh!

Oh ya, malam tadi baru malam kedua saya tidur di rumah sewa baru di pulai jaya. Sungguh lena dan sedap sangat tidur malam tadi selepas 3 bulan tidur ditemani mimpi-mimpi yang tidak menyenangkan. I prefer a dreamless night sleep other than seeing visions yang takde kena mengena dengan diri saya. Ada kuasa psikik kah aku? Atau cuma terlalu terfikir-fikir? Entahlah. Faktor rumah ke? Saya tak boleh tidur lena di rumah kakak saya walaupun rumah tu pernah jadi rumah saya. Saya cuma lena bila tidur bersama mak masa mak datang ke rumah kaklong. Entahlah, mungkin banyak kenangan yang tak manis tersimpan kat situ. Dengan jiran-jiran yang sangat tak menyelesakan. Atau sebab saya dah terbiasa ada orang di sisi?

Entahlah. Mungkin saya cuma rindu.

Tuesday, April 3, 2012

Jujur Vs Prasangka

Bismillah.

Beberapa hari ni saya agak free sebab bahan kimia untuk sintesis aerogel tak mencukupi. Jadi saya rajin lah membaca status-status yang ditulis oleh kawan-kawan di facebook. Saya lebih suka membaca dan menilai daripada meninggalkan sebarang komen. Lebih kepada pemerhati.. Chewah!

Dalam banyak-banyak tu, saya tertarik pada status seorang kenalan, seorang doktor, menceritakan perihal dan kerenah pesakit-pesakitnya. Ada yang lucu, ada yang menjengkelkan. Salah satunya berkenaan pesakit yang marah-marah pada doktor kerana tak diberikan MC. Macam-macam pendapat para doktor yang meninggalkan komen tapi seperti diduga tentu lah ramai yang menghentam pesakit. Sebagai timbal balik, saya terbaca pula status seorang lagi kenalan. Kali ni seorang pesakit. Dia ke klinik kerana ingin mendapatkan nasihat doktor kerana dia mengalami stress. Sebagai habuannya, dia dihentam dek doktor yang menuduhnya datang semata-mata ingin mendapatkan MC. Daripada stress menjadi bertambah stress.

Agak-agaknya lah kenapa jadi macam ni ya? Bagi sayalah, semuanya berpunca daripada satu sikap negatif iaitu tidak jujur yang menerbitkan rasa prasangka. Kalau pesakit tidak jujur misalnya, berpura-pura sakit untuk mendapatkan MC. Mula-mula doktor ikhlas dan simpati memberikannya tapi selepas tu penyakit menipu ni jadi semakin parah dan menyusahkan para doktor menilai pesakit. Timbullah prasangaka di hati doktor, "Ni betul-betul sakit ke menipu". Sudahnya, mungkin orang yang betul-betul sakit tak dapat rawatan yang sepatutnya. Ini yang jadi macam kes yang kedua. Begitu juga kalau doktor tak jujur, malas nak rawat, hentam bagi MC je, pesakit jadi prasangka, "Ah, doktor zaman sekarang pemalas. Baik aku jumpa dukun je". Ini contoh je.. Hehhehe. Kan ke merugikan masyarakat?

Hal-hal macam ni tak berlaku di kalangan pesakit dan doktor sahaja. Kalau ada yang pernah duduk di asrama, tentu pernah dengar pasal orang yang kena histeria. Ada yang betul-betul, ada yang main-main, ada yang nakkan perhatian je. Gangguan makhluk halus ni bukan main-main sebab benda-benda ghaib ni memang wujud. Kalau betul-betul dirasuk, memang perlukan bantuan. Tapi kalau main-main? Orang pun malas dah nak tolong. Nak jadi cerita, tetiba kena rasuk betul-betul dan orang tak nak tolong? Macam mana?

Alangkah baiknya kalau kita manusia ni kembali kepada fitrah sukakan perkara dan perbuatan yang baik. Jujur dan bersangka baik. Tentu aman dunia ni. InsyaAllah.