Great stuff to be shared together...

Monday, August 30, 2010

Buncit Beranak Lagi.. YEAAAAAAAAAA!

Amboi buncit, subur kamu yea.. Dah 3 kali beranak, tuan kamu ni juga yang tak beranak lagi.. Ehehe.. Apa petua?

Buncit ialah kucing kawan suami. Tapi dia bagi dekat suami sebab dia susah nak bagi komitmen nak menjaganya. Masa mula-mula dapat, dia tengah bunting. Dapat 3 anak, Ori, Singa dengan Capek. Tapi Capek baru je mati sebab keguguran (kot).

Buncit (yang tengok atas) bersama Singa (corak rimau) dan Arwah Capek (tompok2)
Pastu dia beranak lagi.. Anaknya semua mati kecuali sekor, Gemok namanya. Tapi dia pun dah mati sebab accident dan pendarahan otak (kot). 

Buncit dengan Arwah Gemok.

Buncit dengan anak-anak barunya.
Yang ni kali ketiga dia beranak. Lima ekor kesemuanya. Comel. GERAMNYA. Rasa nak picit-picit je.

Konvokesyen UTM kembali lagi.. Erkk.. Kenapa Yuran Konvo Mahal Sangat?

Alhamdulillah, setelah setahun lebih menanti, akhirnya saya dapat juga bergelar sarjana. Ahahah.. Macamlah gempak sangat kan? Sessi saya akan berlangsung pada 26 September 2010. Jemputlah datang. Tapi agak tak bestlah kan sebab lepas raya. Kalau sebelum raya, boleh la bershopping sakan. Mesti harga mantap-mantap. Kuih raya pula confirm melambak-melambak.

Tapi, adalah unsur geram juga sebab fakulti ni tak reti nak tipon beritahu boleh konvo.. Surat senatnya mana. Tahu pun sebab ada sorang lecturer tu tanya. Transkrip pun bantai pos je. Kalau hilang ke basah ke macamana? Yang lagi tak best tu, yuran konvo naik mendadak. RM 250. Kata lecturer saya, " Buat duit jelah ye". Dulu sekitar RM80-100 je kot. Transkrip pulak makin nipis.


Walau apapun, bersyukur ke hadrat Allah kerana mempermudahkan jalan saya. Dimurahkan rezeki sebab bos tawarkan kerja dekat KL. Dekat dengan suami. Alhamdulillah. Rezeki suami pun murah. Mungkin ini dikatakan rezeki ramadhan. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Juadah Berbuka 28/08/2010 Nasi Ayam dan Kek Coklat

Saya dah lama nak cuba masak nasi ayam sendiri..Takde resipi khas pun, sekadar apa yang teringat masa tolong mak buat nasi ayam. Hentam sajalah labu. Saya pilih nak buat hari cuti sebab banyak masa. Maklumlah, buat nasi ayam ni renyah sikit. Nak sediakan stok ayam, masak sup, sediakan sambal, sediakan salad/ulam, perap dan goreng ayam dan lastly masak nasi. Masing-masing ada cara sendiri buat nasi ayam. Saya dengan cara saya (cara mak saya sebenarnya).

Pukul 11pagi I dah start masak you! Ahahah..

Mula-mula kenalah bersihkan ayam pastu rebus bersama halia dan bawang putih. Stok Ayam ni paling penting sebab stok nilah yang nak guna masa masak nasi, buat sup dan sambalnya. Ayam rebusan pulak kendiannya digoreng selepas diperap bersama madu, kicap dan bawang putih. Rasanya lebih masyuk sebab ayamnya confirm masak tapi still moist.

Stok yang digunakan untuk masak nasi lebih kurang dengan sukatan menanak macam biasa. Cuma mak saya ajar, beras tu rendam dulu. Untuk sambal cuma ambil dua sudu besar stok ayam je. Lebihan stok diguna untuk buat sup. Buat sup macam buat sup ayam yang biasa. Dalam sup ni, saya letak bahagian ayam yang banyak tulang, macam kepak, leher dan rusuk. Yang berdaging tu saya goreng.

Oleh sebab saya bermula  awal, semuanya siap lebih kurang pukul 1, kecuali ayam goreng. Time makan tengah hari tu.. tak pasal-pasal lapar. So, nak menghilangkan rasa lapar, saya buat lah kek coklat ikut resipi kegemaran suami. Dalam banyak-banyak kek, yang ni dia paling suka. Saya dah buatkan sejak dari zaman bercintun. eheheh. Kononnya saya buat sebagai bekal untuk dia balik Shah Alam. Sekali, dia kena extend sebab masih ada site dekat JB.. YEAHHOOOO..

Sedikit gambar yang sempat disnap.
 Kek coklat sebelum dimekap.. Sila abaikan kecomotannya. Itu SENI namanya.. eheheh

Selepas dimekap..

Ayam Goreng Madu

Tak ada perkara yang lebih memuaskan hati bila tengok suami makan dengan berselera.. Siap mengulang time malam tu. Then masuk bilik semata-mata nak beritahu kek coklat tu sedap.. Nanti raya kita buat lagi ye sayang?

Thursday, August 26, 2010

Testimonial: SNE Capsules


Seperti dalam yang saya cerita dalam entri PCOS dan Negatif Lagi, saya mengalami masalah kecelaruan hormon sampaikan usaha kami nak dapatkan zuriat asyik terkantoi je. So, bila dah confirm tak hamil, hubby suruh saya amik supplement yang dah lama dia suruh amik tapi saya agak reluctant sebab harganya agak mahal. Tapi kata orang, kita berdoa dan bertawakal tak cukup kalau takde usaha kan. Jadi saya pun menurut kata makan SNE capsule ni. Gambar courtesy of SNE Marketing.


Tapi silap besar lah saya try kapsul ni masa bulan puasa. Patutnya tunggu habis bulan puasa baru try. Tak pasal2 tinggal puasa. Huhuhuh.. Selalu kitar menstruasi saya lebih kurang 9minggu. Tapi lepas 3 hari consume, saya yang dah terlewat seminggu dari tarikh sepatutnya, PERIOD! Dah lama tak tinggal puasa, alih-alih tahun ni kena mengganti. Bak kata member, dah biasa hidup senang takde hutang puasa. Hakhak.. dengkilah tu kan.. muahahah

Lepas tu saya perasan yang kali ni takde period pain sampai cramp-cramp perut macam selalu. Cuma extra-moody-me tu memang tak dapat ubah la. Walaupun sedih sebab terpaksa cuti puasa, tapi rasa happy juga. Sebabnya, before this walaupun tak period dalam tempoh dua bulan, tapi sakit perut macam period pain tu tetap dirasai.. Stress ko! Pastu alang-alang cuti tu, saya bantai lah buat kuih raya beria-ia. Yelah, boleh rasa. Kena pulak time buat tart nenas, asyik masuk molot je. Oppss.. Lari topik pulak.

Berbalik pada cerita asal, saya google lah info pasal kapsul SNE ni. Ni antara info yang saya jumpa. Produk ni dihasilkan dari biji buah seabuckthorn. Macammana pulak rupa buah ni ye.

Bersumberkan info daripada Phytochemicals Info, Seabuckthorn dikatakan kaya dengan beta carotene, Vitamin C, Vitamin E dan flavanoids. Seabuckthorn digunakan secara traditional untuk merawat masalah kulit, kewanitaan, jantung, gastric ulcer, mengubati luka dan ubat penahan sakit. Yang kat bawah ni saya copy paste dari satu sumber tapi blog dia dah tak wujud.

"SNE KAPSUL mempunyai daya penyingkiran radikal bebas yang kuat. Ia dapat meningkatkan system keimunan dalam 15 hari. Boleh mengaktifkan sistem otak, sistem saraf dan sistem endokrin. Mengandungi khasiat yang sempurna untuk membaiki kesilapan di dalam genetik manusia. Dapat mengaktifkan serta menguatkan sel-sel. Pada masa yang sama ia dapat memperkuatkan sistem saluran darah. Ia mengandungi lebih daripada 200 jenis khasiat yang penting untuk melakukan 6 fungsi;

1) Pencegahan Jangkitan Bakteria dan Virus
2) Ditoksifikasi
3) Penyelarasan Serta Pembaikian
4) Proses Penguatan
5) Peningkatan Sistem Keimunan
6) Melanjutkan Usia.

Saya cuma berkongsi. Harap-harap pelaburan ni membuahkan hasil. Amiin.

Restoren-restoren Yang Dah Tak Hingin Kukunjungi Lagi

Semalam saya rasa sangat happy sebab dapat mengendeng encik suami agar berbuka puasa di luar. Almaklum, dah bosan dengan masakan sendiri. Muahahah. Kalau ikutkan, bazar sekangkang kera je dengan rumah. Tapi tak sanggup sebab terlalulah ramai orang. Yelah, dekat dengan UTM kan?

So berbuka ala kadar je. Lepas berbuka tetiba kami berdua diserang sakit kepala. Biasalah kitorang ni, bukan reti nak sakit sorang-sorang. Mesti nak sharing is caring juga. Terpaksalah postpone makan luar sampai lepas isyak (hahah, kompom tak gi terawih). Masa tu punyalah sakit sampai dah tak rasa nak makan. Tapi oleh sebab hubby kena gi pulangkan kunci site, kitorang keluarlah juga. Masa tu tak decide lagi nak gi makan mana. Plannya nak makan kat Dapur Istimewa je. Tempat favorite kitorang. Hubby ada sebut nak makan kat McD tapi lepas tu tukar fikiran dengan alasan "Nanti Nurul gemuk". Erkk..

After pulangkan kunci kat Taman Universiti, kitorang pun bergerak la ke destinasi. Alih-alih terpandang Restoren Tungku Impian. Teringat pulak kat lab siang tu Syai cerita betapa nyamannya air durian belanda and mango yang diorang minum kat situ. Kiranya testimoni makan kat situ dahsyat la daripada ceritanya. So, suggest lah kat hubby, "Kita try makan kat sini nak? Syai kata best".

I ordered Mi hailam dengan air tembikai, emot pulak pesan jus epal dengan bihun tomyam. First impression? Impressed, sebab baru letak punggung dah ada yang datang amik order. Dalam hati, "tak macam Wakaf Singgora tu". 15 minit duduk, takde sekor pun yang amik order. Bila nak panggil, entah mana diorang menyorok. Dah la puasa time tu. baru buka puasa air kosong. Agaknya muka kitorang ni macam takde duit kot. Tak kuasa nak layan. Sob sob. Kompom aku blacklist walaupun makanan kat situ memang sedap.

Tak lama pastu makanan pun sampai. Eh, makanan sampai dulu. Bila rasa, alamak! Tak sedap lah mi hailam ni. Masin sangat. Tapi pikir dalam hati jelah. Sekali hubby cakap bihun tom yam dia pun tak sedap. Apa ni? Tapi saya cuba juga sumbat. Punyalah seksa sebab air tak sampai2 lagi. Yang hairannya, orang sebelah meja kitorang datang lagi lambat dah dapat air maaaa... Saya pun pergilah ke kaunter nak tanya. Takde orang jaga. Saya pergi ke tempat orang bancuh air. Tak sempat buka mulut yang tukang buat air tu cakap, "order! order!" Kononnya, dia tak amik order. saya kena order kat pelayan. Saya cakaplah saya dah order. Then datanglah sorang young lady ni, nak bayar ke? aiii.. aku belum minum lagi. Tak, saya nak tanya, kenapa air tak samapi lagi. Dah lama dah duduk. Pompuan tu buat muka kerut-kerut macam nak marah. "Order air apa?" dengan nada yang tak nice langsung. pas saya btau dia pun bagilah arahan kat tukang air kerek tu. Geramnya. Penat je saya siapkan tekak ni dengan tone yang lembut. Saja nak buat aku marah kan. Dah la aku sakit kepala, lapar, disaji hidangan hampeh.

Sampai kat meja, family yang duk sebelah meja kitorang dah siap makan pun. Then hubby cakap, dia ada tanya sorang waiter tu, kenapa air tak sampai. Boleh mamat tu tanya, dah order ke? Eh mangkuk, tengoklah atas meja tu kan ada makanan. Kalau orang tanya kenapa belum sampai, mestilah sebab dah order tapi tak sampai. Hubby kata, nasib baik waiter tu tak kerek. tu pun dia dah gigil-gigil sebab marah campur geram. Saya pun membebel-bebel. Peduli apa kalau customer lain dengar. Bukan ramai orang pun kat restoren ko tu. Beberapa minit kemudian baru lah air sampai. Dengan takde minta maaf ke apa ke, selamba je muka. So, secara rasminya saya menyenaraihitamkan restoren ni. Jangan harap lah nak pergi lagi kat situ. Sakitnya hati.

Kitorang berbincang dalam kereta. Kenapa kitorang selalu kena macam ni. And selalunya time nak berbuka puasa. Saya kata agaknya sebab kita ni nampak macam takde duit kot. Tapi kenapa peminta sedekah suka approach kitorang? Hukhukhuk. Tak pun kitorang ni invisible kot. Ahaks. Saya teringat yang suatu masa dahulu saya nak buka puasa kat pizza hut jusco taman u dengan kaklong sama juga. Lagi dahsyat kot. Dekat setengah jam kat situ, semua waiter bolayan tamo amek order. Bila panggil, "kejap, kejap". Padahal tak ramai orang. Alih-alih orang yang datang kendian dilayan dulu. Brengsek! Sudahnya, dah lama tak gi Pizza Hut. Bukan Taman U punya branch je, semua Pizza Hut. Trauma. Cis, buat kurus pahala puasa je diorang ni tau. Tapi betul ke kalau puasa tak boleh marah? Kalau sakitkan hati orang pula macamana?

Friday, August 20, 2010

Kenapa Perlu Naikkan Harga Setem?

Oh! Harga setem naik seratus peratus. Kenapa saya baru perasan pasal ni ya. Padahal ada je dalam
Berita Harian dan Mstar.

Katanya untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan. WTH! Apa kaitan naikkan harga dengan kecekapan? Kecekapan tu bergantung kepada peribadi pekerja ok?? Nak naikkan pulak tak mengagak. Mengikut pengalaman saya, masalah kecekapan tu sebab ramai (bukan semua) pekerja yang dah jemu bekerja. Garang bukan main, cakap kalau boleh mesti nak menyakitkan hati orang. Rupanya bukan saya seorang yang kena, tapi ramai yang merungut. Bila ada yang letak dekat wall FB, ada pula yang membela, "Janganlah kutuk dia, dia jiran saya". SO WHAT?!!
Etika mana? Customer service mana? Walaupun ada juga yang mesra macam kat Poslaju Larkin, tapi pengalaman-pengalaman ngeri yang pernah dialami apabila berhadapan dengan mereka-mereka yang kereks begitu menakutkan saya.

Kalau macam nilah, makin sepilah Pos Malaysia tu. Pula tu orang dah tak rajin nak hantar surat. Kalau mahal sangat, baik hantar email, sms, ataupun guna application yang macam-macam kat Facebook nun. Bukan setakat surat or kad raya, kuih raya, lauk berbuka semua boleh. Hahahah. Nak bayar bil sekarang pun boleh guna online or bayar je ikut bank mana-mana. Lagi Bank happy. Kita pun happy sebab dilayan dengan mesra, bukan dilayan oleh singa.

Tapi saya sangat sedih. Saya suka kumpul setem!

Wednesday, August 18, 2010

Makcik, makcik tak puasa ya hari ni?

Kalau makcik puasa, kenapa makcik sakitkan hati saya. Kenapa pagi-pagi lagi makcik dah buang sampah depan rumah saya. Kalau makcik nak buang sangat, kenapa makcik tak buang dalam tong samaph saya, kenapa mesti di luar tong sampah?

Makcik, umur makcik berapa ya?
Kalau tengok rupa makcik, saya rasa dah boleh panggil nenek. Tapi makcik sihat, masih kuat. Masih boleh menyeberang jalan semata-mata nak buang sampah kat rumah saya.

Makcik,
Saya ada buat salah dengan makcik ke sampai makcik sakit hati sangat dengan saya. Sampai nak mencemar kebersihan rumah saya. Makcik tak nampak ke saya dengan suami bersihkan sampah-sampah yang makcik buang tu? Kami pun nak bersih juga macam rumah makcik. Tolonglah makcik, jangan buang sampah lagi depan rumah saya.

Ke makcik nak saya candid gambar makcik buang sampah lepas tu pos dekat blog? Makcik nak macam tu? Geram sungguh saya dengan makcik. Nasib baik saya puasa tau makcik.

Makcik puasa tak hari ni?

Tuesday, August 17, 2010

Cara Kreatif Menyimpan Makanan

Suka suka suka. Sangat kreatif, Ok. tak payah nak beli tupperware. Sumber asal dari kheru2006.

Boleh masuk kat page dia kalau suka.


Smart Way Of Keeping Biscuits/Tit-bits Fresh & Crispy



1. Clean and dry the disposable plastic bottle.
2. Then, cut out the neck of the disposable bottle (refer to picture above) <>3 inches long.



3. Put left over biscuit/tit-bits in the plastic & insert the plastic bag through the neck of the bottle (refer to picture). Then tighten the cap.

Not a drop of water will leak. Trust me as the bag is sealed completely. Let's try it out!

Kes Histeria dan Pengajarannya

Sekadar berkongsi. Copy paste dari email.

Anda ingat lagi kes ini?

OGOS 2009 , ia menandakan sudah sebulan aku mengikuti perkembangan masalah histeria melibatkan lebih 30 pelajar di sebuah sekolah di semenanjung tanah air (maaf, tak perlu sebut nama tempat. saya tidak mahu lokasi saya dan SHAHi dikesan 'sesetengah orang'). Masalah itu bermula sejak April 2009 dan terus berlarutan sehingga Ogos tanpa penyelesaian serta penjelasan yang kukuh. Malah, ia berlaku setiap hari.

Pelbagai teori muncul dari mulut penduduk-penduduk setempat dalam menghuraikan punca sebenar masalah itu tercetus. Guru-guru juga tidak terlepas daripada mengutarakan teori-teori mengenai punca terjadinya serangan histeria di sekolah itu.

Aku pula yang selalu hadir memantau bagi mendapatkan bahan berita di sekolah itu juga tidak terlepas daripada membuat tanggapan terhadap punca berlakunya histeria itu. Tanggapan yang aku buat pula hanya bersandarkan kepada teori-teori penduduk setempat dan guru-guru sekolah itu.

Disebabkan selalu sahaja berita mengenai kejadian itu tersiar di dada akhbar, nama aku mula menjadi tumpuan sejumlah bomoh, pengamal perubatan tradisional, pakar psikologi, pakar psikiatri dan pakar perubatan alternatif. Mereka semua tidak putus menghubungi aku, ada yang mahu menghulurkan bantuan kepada pelajar sekolah malang itu, ada pula yang hanya sekadar mahu tahu cerita sebenar dan ada pula bomoh palsu yang hanya mahu mempergunakan aku untuk meraih glamer di dada akhbar.

Bahkan, ada juga seorang psikik dari Indonesia yang datang menemui aku untuk menghulurkan bantuan kepada pelajar mangsa histeria di sekolah itu. Psikik itu ternyata seorang psikik, aku sudah mengujinya dengan modul aku sendiri. Namun, dia juga tidak berjaya memulihkan keadaan di sekolah itu. Histeria terus berlarutan.

Sepanjang memantau keadaan di sekolah itu, aku sempat menemui beberapa pelajar untuk ditemubual sebagai responden berita. Melalui temubual itu, pelajar-pelajar memberitahu aku bahawa mereka ternampak beribu-ribu makhluk hitam merayap di atas tanah, di lantai bilik kelas, di atas siling, di papan hitam dan sebagainya.

Ada pula yang besar setinggi bangunan tiga tingkat, ada yang kecil, ada yang seperti budak, ada seperti perempuan, ada juga seperti lelaki, semua makhluk itu berwajah hodoh. Ada juga seperti seorang ‘nenek’ yang gemar memanjat di belakang pelajar sekolah itu sehingga menyebabkan mereka terbongkok-bongkok menampung beratnya makhluk seperti nenek itu. Nenek itu sangat gemar menunggang manusia.

Malah pelajar sekolah itu turut beritahu aku bahawa mereka pernah mengadakan majlis bacaan Yassin dan doa selamat di sekolah itu untuk memohon perlindungan Allah daripada gangguan makhluk halus. Menurut seorang pelajar perempuan yang menceritakan perkara itu kepada aku, dia beritahu bahawa dia didatangi ‘nenek’ tadi semasa sedang membaca Yassin. Nenek itu sedikit pun tidak gentar dengan bacaan al-Quran. Nenek itu dengan wajah bengis membisikkan ke telinga pelajar itu: “La ila, La ila, La ila..” yang bermaksud ‘Tiada tuhan, tiada tuhan, tiada tuhan..” sebanyak berkali-kali dengan suara menakutkan. Pelajar itu ketakutan ketika tiada siapa melihat perkara yang dia sedang lihat ketika itu. Dia kemudian diserang histeria ketika majlis doa selamat itu.

Namun, kisah itu tidak aku laporkan dalam laporan akhbar kerana berasa kekok untuk menceritakan semuanya dengan terperinci. Kini, dengan ikhlas aku lapor kepada pembaca blog ini semua.

Pelbagai usaha sudah dilakukan untuk menamatkan episod histeria di sekolah itu, sudah berpuluh-puluh juga bomoh dan pengamal perubatan tradisional datang tampil untuk membantu tetapi gagal. Pada masa yang sama juga, berpuluh-puluh lagi menelefon aku untuk menyatakan mereka mahu menghulurkan bantuan. Kemudian setiap panggilan telefon seterusnya, aku minta mereka berhubung terus dengan pengetua sekolah. Aku sudah penat melayan mereka semua kerana aku juga ada tugas lain yang harus disempurnakan.

Kemudian pada September, seorang alim dari Perak menghubungi aku. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Pak Ku (bukan nama sebenar) dan menyatakan kesediaannya untuk membantu pelajar sekolah itu menyelesaikan masalah histeria. Katanya, dia bukan pengamal perubatan, dia juga bukan bomoh, dia hanya mahu membantu. Keikhlasannya terpancar jelas walaupun kami hanya bercakap melalui telefon pada ketika itu. Aku setuju, kemudian aku menghubungi pengetua sekolah itu dan menyatakan niat murni Pak Ku.

Selang dua hari selepas itu, Pak Ku tiba di sekolah itu dan mahu berjumpa dengan aku untuk menyatakan terima kasih atas bantuan yang aku berikan. Aku tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah itu untuk melihat proses pengubatan yang dilakukan Pak Ku. Aku hanya menunggu dari luar pagar.

Aku ingin melihat, lalu aku telefon pembantu Pak Ku menggunakan Video Call 3G dan aku menyaksikan pengubatan yang dilakukan Pak Ku. Biasa saja kaedah pengubatan Pak Ku, tak ada yang istimewa. Hanya sekadar membaca ayat al-Quran dan menghembus pada segelas air, lalu dipercikkan ke ubun-ubun pelajar yang terkena histeria.

Beberapa jam kemudian ketika aku sedang duduk di luar pagar sekolah, aku lihat Pak Ku mengekori seorang pelajar perempuan yang sedang dalam keadaan histeria (sampuk). Budak perempuan itu membawa Pak Ku ke satu kawasan dan menuding jari ke arah satu sudut. Kemudian dari jauh aku lihat Pak Ku berubah menjadi sedikit terkejut dengan benda yang ditunjukkan budak perempuan itu kepadanya. Pak Ku membaca sesuatu dan menyapu kepala budak itu dengan air, budak itu rebah dan kemudian dipapah guru-guru wanita. Budak perempuan itu adalah murid terakhir yang disembuhkan pada hari itu.

Pak Ku kemudian bertemu semua ibu bapa pelajar berkenaan dan menyampaikan pesanan mengenai cara mengelak anak mereka ‘diserang’ lagi pada masa akan datang. Apabila kelihatan seperti selesai semuanya, Pak Ku melangkah keluar dari pagar sekolah dan bertemu dengan aku.

“Dah beres ke Pak Ku?” aku tanya.
“Belum. Malam ini, Pak Ku nak hang ikut Pak Ku. Itu pun kalau hang tak ada urusan lain malam ni.” kata Pak Ku dalam dialek Perak Utara.
“Insya-Allah. Lagipun isteri dan anak saya ada di kampung hari ni. Boleh saja nak ikut Pak Ku, tapi pukul berapa nak jumpa?” aku balas.
“Kita jumpa solat Maghrib sama-sama nanti di masjid depan tu.” kata Pak Ku.

Menjenguk dari luar tingkap


Malam itu selepas selesai solat Maghrib, Pak Ku berpesan kepada aku supaya menjaga wuduk supaya tidak terbatal. Pak Ku juga berpesan supaya aku berniat dalam hati untuk terus pergi ke masjid untuk menunaikan Isyak apabila tiba waktu.

Pak Ku membawa aku ke belakang sekolah itu, dia duduk di sebelah kanan aku dan pembantunya di sebelah kiri aku.

“Pak Ku nak tunjuk satu perkara kat hang. Tapi Pak Ku pesan, jangan langkah ke depan atau ke belakang. Tetap berdiri tegak, jangan bergerak-gerak. Banyakkan bertasbih dan jadikan hati tak sabar nak menunaikan Isyak pula selepas ini.” pesan Pak Ku.

Aku mengangguk tanda faham walaupun aku sebenarnya kurang faham tujuan Pak Ku. Kemudian Pak Ku membaca ayat-ayat suci al-Quran dan diakhiri ‘sodaqollah-hul-azim’.
Pak Ku kemudian melafazkan:

“Kamu juga makhluk Allah. Kami juga makhluk Allah, tapi kami khalifah yang beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya dan semua janji-janji-Nya. Aku berserah kepada Allah, Maha pencipta yang menciptakan ‘kamu’ dan kami. Perlihatkan anak Adam ini dengan dunia kamu, dengan kalimah La-ila-ha-illallah.” lafaz Pak Ku.

Selepas kata-kata itu dilafazkan, terlihat seperti ada tingkap. Semakin lama, semakin luas bukaannya. Aku lihat ada perempuan cantik menanggalkan pakaiannya satu persatu di depan mataku. Kemudian aku sayup-sayup terdengar suara Pak Ku berulang kali memesan ‘jangan melangkah walau setapak’. Terdengar suara Pak Ku begitu jauh sekali walaupun hakikatnya Pak Ku hanya duduk beberapa inci di sebelahku.

Aku lihat ada dunia di belakang wanita itu. Ramai juga dayang-dayangnya yang cantik-cantik. Ada juga ular jinak berlingkar-lingkar di kaki wanita yang sudah tidak berpakaian itu. Aku tetap berpegang kepada pesanan Pak Ku, jangan bergerak walau setapak.

Kemudian aku terdengar suara wanita itu seperti dia berbisik ke telingaku walaupun bibirnya sedikit pun tidak bergerak: Kamu manusia yang menginginkanku, aku berikan segala yang kamu mahu, melangkahlah ke arah ku ,” itu bisikan yang menyusup deras ke pangkal jiwa, sekadar yang aku masih ingat.

Perlahan-lahan, wajah wanita muda itu bertukar hodoh. Ular jinak tadi pula semakin ganas seperti mahu membaham aku.

Sayup-sayup, aku terdengar satu suara seperti memanggil-manggil jiwaku. Suara itu sebati dengan niatku sebelum itu. Tingkap itu terus tertutup sedikit-demi sedikit, sempat juga terlihat ‘anak-anak kecil’ berlari menyusup masuk ke tingkap yang sedang tertutup itu. Terasa belakangku ditepuk, aku dengar suara Pak Ku membisikkan dua kalimah syahadah di telingaku. Kemudian, aku terasa seperti terjaga daripada lena.

Pak Ku kemudian membaca sesuatu dan melontar beberapa ketul batu bersama pembantunya ke arah kawasan yang aku menghadap tadi.

“Jom kita pergi sembahyang Isyak,” itulah peringatan Pak Ku sebaik aku ‘terjaga’.

Selesai solat Isyak, Pak Ku menceritakan perkara sebenar kepada aku. Menceritakan mengenai perkara yang aku lihat sebentar tadi tetapi tidak faham.

“Pak Ku suruh hang jaga wuduk supaya hang tak disentuh makhluk tadi. Pak Ku suruh hang kuatkan azam untuk tunaikan solat Isyak supaya azan Isyak yang hang dengar tadi itu dapat panggil jiwa hang daripada terus terbuai dengan godaan syaitan. Niat untuk tidak mahu tinggalkan waktu Isyak itulah yang menguatkan jiwa hang.

“Jiwa hang terpanggil oleh azan tadi disebabkan hang niat nak solat dengan ikhlas. Syaitan tak mampu goda manusia kalau manusia tu ikhlas. Itu senjata kita” kata Pak Ku.

“Yang tadi tu syaitan?” aku tanya.

“Ya. Itu syaitan yang sangat benci manusia dan selalu mahu menyesatkan manusia. Dia (syaitan) berusaha untuk goda dengan cara tadi (menjelma wanita berbogel) sebab dia tahu isteri hang tak ada di rumah. Sebab dia tahu hang rindu isteri hang.

“Tapi mujur hang tak melangkah walau setapak. Sebab kalau hang melangkah walau setapak tidak kira ke depan atau ke belakang pada masa tu, hang akan melangkah masuk ke dunia ‘dia’. Kita manusia ni dilarang masuk ke dunia dia (syaitan). Yang hang tengok tadi cuma dari luar pintu. Hang tak masuk pun dalam dunia tu.,” kata Pak Ku.

“Tapi, kenapa Pak Ku buat macam tu. Saya tak mintak pun Pak Ku tunjuk semua tu kat saya,” aku menyoal.

“Pak Ku buat macam tu sebab Pak Ku nak bagi peluang hang tengok apa yang sebenarnya ada di belakang sekolah ni. Sebab Pak Ku yakin, hang takkan melangkah masuk. Atas sebab tu Pak Ku bagi peluang kat hang,” kata Pak Ku.

“Sebelum saya sedar tadi, ada ‘benda’ macam budak-budak kecil berlari masuk ke situ. Apa benda tu? Lepas tu, apa yang Pak Ku lontar batu?” aku tanya lagi.

“Itu juga syaitan, jin. Lontar batu tu sebagai tanda benci kepada syaitan, tapi tak sama macam melontar di Mekah. Lontar tu sebagai amaran supaya dia jangan ganggu anak Adam lagi. Makhluk-makhluk kafir tu lari masuk ke dunia dia selepas dengar azan Isyak. Pak Ku pilih waktu antara Maghrib dengan Isyak sebab waktunya pendek. Kalau Pak Ku ambil waktu antara Isyak dengan Subuh, itu nampaknya hang kena tahan godaan dalam tempoh yang lama. Lagi pula kalau wuduk terbatal antara waktu yang panjang tu, maka lagi senanglah dia nak goda.

“ Pak Ku buat ni sebab dapat rasa yang hang ni susah nak percaya kat bomoh-bomoh tipu yang hanya nak ambik kesempatan atas hang untuk glamer di surat khabar. Pak Ku buat ni sebagai nak bagi hadiah atas kesudian hang bagi peluang kat Pak Ku untuk tolong budak-budak ni. Terima kasih sebab percaya dengan niat Pak Ku. Tak perlu tulis cerita Pak Ku cuba ubati budak-budak sekolah ni dalam surat khabar,” jelas Pak Ku.

Kemudian Pak Ku beritahu aku, dia tidak mengubat orang. Dia hanya mahu menolong budak-budak sekolah itu yang mahu belajar dan terganggu setiap kali ada kejadian histeria. Dia tidak pandai mengubat orang, dia hanya ‘menyuruh benda itu’ balik ke dunia mereka. Itu saja. Kata Pak Ku, dia tidak pandai mengubat saka, dia juga tidak pandai mengubat santau, tetapi dia boleh melihat dan berunding dengan makhluk-makhluk itu. Tetapi juga, dia hanya boleh berunding dengan makhluk-makhluk halus yang tidak ada perjanjian dengan manusia. Aku sukar mempercayainya, tetapi Pak Ku sudah buktikan kepada aku. Itu kelebihan yang Pak Ku ada.

Kes selesai


Seminggu kemudian, masalah histeria itu berakhir. Jika ada yang tertanya-tanya bagaimana isu histeria di sekolah itu berakhir, Pak Ku lah orang yang menamatkannya dengan izin Allah. Aku pula sudah tidak perlu lagi berulang-alik ke sekolah itu untuk melapor berita yang aku sudah bosan menulisnya setiap hari. Aku sudah boleh memberi tumpuan kepada berita-berita lain terutama berita jenayah yang sangat aku suka tulis.

Pengalaman itu juga membuktikan bahawa azan mempunyai kuasa dalam mensejahterakan jiwa. Wuduk juga mempunyai kuasa sebagai perisai pertahanan diri daripada godaan syaitan. Niat yang mahu ke jalan Allah juga mempunyai kuasa yang akan menjadikan jiwa sebati dengan segala suruhan-NYA. Semua itu akan berkoordinasi dengan harmoni dalam tubuh manusia, menjadikan kita sedar tujuan kita diciptakan. Aku sudah merasainya, tapi sukar untuk aku buktikannya.

Sekali lagi, tidak ada bukti logik dalam perkara kuasa azan, wuduk dan niat. Tetapi, suara azan lah yang memanggil jiwa aku supaya sedar dengan niat aku sebelum itu. Ketika azanlah aku melihat ada ‘anak-anak’ berlari menyusup masuk ke alam itu. Aku juga tidak paksa pembaca semua percaya, mungkin ada yang kata ini hanya cerita karut. Jika karut bagi anda, maka terpulanglah.

Jangan pernah takut setiap kali melihat syaitan, jin atau hantu…makhluk-makhluk itu akan tersenyum bangga apabila mengetahui manusia berasa lebih takut kepada mereka melebihi rasa takut kita kepada Allah.

Hanya takut kepada Allah…

Monday, August 16, 2010

Negatif Lagi..

Semenjak kes hari tu, menstrual cycle terus jadi tunggang langgang. Kalau dulu lewat seminggu je, sekarang ni berminggu-minggu. Specifically, 9 minggu satu cycle. Tak ke gile. So, every cycle selalulah berangan-angan mengandung semula. Lagi kesian kat encik suami yang dah selalu berlakon jadi ayah. Kesian sangat.

So, saya pun test lah lagi hari ni. Negatif lagi. Frust lagi. Tapi dah agak imun lah. Not expecting too much. Tapi bila dengar kawan-kawan sorang demi sorang mengandung, jealous la juga. I'm happy for them, tapi cemburu tu tetap ada kan? Lagilah kalau kawan tu baru je kawen terus bunting pelamin.

Tapi kan, Allah tu lebih tahu apa yang terbaik untuk kita kan? Kadang bila saya fikir balik, dengan kehidupan yang masih haru biru ni, duk berjauhan dengan suami, mungkin tak mengandung lebih baik. Pulak tu ada ura-ura nak kena pindah KL. Kalau perut boyot sapelah nak kemas rumah kan?

Lagi satu, kita kena tengok keadaan orang lain, banding dengan nikmat yang Allah bagi kat kita, insyaAllah kita akan redha dan bersyukur. Orang lain ada yang lagi lama berkahwin tak ada anak juga. Macam sepupu-sepupu saya ada yang dah kawin 7-10 tahun masih berdua. Yang penting sekarang ni, berusaha, berdoa dan bertawakal.

Cuma biasalah. Adakalanya memang hati ni mudah juga terguris. Lagi-lagi kalau balik kampung or pergi kenduri. Ada je makcik kepoh yang men'torture'. Mengalahkan mak ayah kita. Bagilah masa, bukannya kitorang tak berusaha. Bukan kita ni anak diorang pun, kepoh je lebih. Menyakitkan hati betul kalau orang-orang yang tak sensitif ni. I dont mind lah kalau orang tanya, dah berisi ke belum? Biasalah tu, masyarakat kita ni memang caring. Tapi kalau dah tahap bagi lecture, torture mental, and sometimes rasa macam kena marah, rasa sakit hati jugalah kan?

Apa-apa pun semoga suatu hari nanti, kami, dan semua pasangan yang masih berdua dan teringin nak menimang cahaya mata akan dikabulkan doanya. Amiin.

Oven rosak?!!! TIDAK!!!

Semalam saya rasa teramatlah boringnyer... Tunggu encik suami sampai lambat sangat. So, i decided to bake some more. Belek punya belek, jumpalah resipi yang berkenan. Biskut ni simple, tapi ada letak cokelat dalam dia jadi inti. Memikirkan dalam peti tu dah lama ada chocolate button Van Houten tak guna lagi, on je lah kan. Saya buat ala biskut kepit, bentuk bintang. pastu sprinkle dengan manik gula. Tengah ralit-ralit buat, tiba-tiba oven ku membisu. selalu kipas dia tu bunyi kuat juga. Alalala.. nervouslah pulak. Walaupun warranty masih ada, tapi tak syoklah kan. Dah la dah siapkan bahan untuk adunan biskut coklat cornflakes pulak tu. SHOOOT!

Tengok lampunya dah tak nyala. Biskut kat dalam tu dah mula naik sikit, tapi oven nye tak berapa panas dah. OWH TIDAK! Tapi saya masih try cool. Nak try baiki kan jadi tikus baiki labu pulak. Tunggu hubby balik lah. Hukhukhuk. Dah tu, cemana dengan biskut-biskut ni?

Mujurlah oven old skool kaklong ada lagi. Tertinggal masa angkut barang dia balik kampung. Tapi first batch punya tray hangus rentung. Maklumlah tak reti nak control suhu dan masa. Pulak tu cermin oven tu dah pecah, balut lebih kurang cincai je pakai aluminium wrap. Mana nak nampak isi dalam tu. So, first batch telah dibakulsampahkan. sangat sedih tengok diorang. Sorry ye sayang, mama tak dapat selamatkan kamu semua. Tapi yang seterusnya Alhamdulillah.. Biskut coklat pun dapat disiapkan. Syukur.

Saya cuba menyiasat punca kerosakan tu. Yang menakjubkan terjumpa mangsa bunuh diri. Seekor cicak kecik yang dah kering, tapi tak hangus. Rasanya dia masuk dari lubang ventilator tu. Pastu kena kipas oven kot. Agaknyalah. Nasib baik biskut batch first tu hangus. HAhahah. Tak lalu makcik nak makan ko!

Dipendekkan cerita, encik suami balik dia pun tolong tengokkan oven tu. Dia kata bukan oven rosak, tapi extension yang rosak. Ya Allah.. alhamdulillah. Buat cuak je. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..encik suami jadi tukang rasa kuih. Dia kata semua sedap, kecuali satu. Kuih gulung coklat. Terlebih coklat, rasa pahit, rasa kesat. Yang tak boleh tahan tu dia kata, "yang ni tak sedap, boleh bawak balik kampung" (sebab yang sedap tu dia nak makan). ABANGGGGG!! Nanti mak mertua nurul dah tak sayang la sebab buat kuih tak sedap. Muahahahah.

Thursday, August 12, 2010

Two down, more's coming! Ngehehe..

Sungguh sedih rasanya sebab terpaksa berpuasa sorang-sorang sebab encik suami dah pergi balik Shah Alam. Sampai bila tak tahu la.. Untuk mengisi masa lapang sempena cuti awal ramadhan semalam, saya trylah oven dan mixer baru tu.. Ahahahha...dapatlah dua jenis kuih. Dapur punyalah panas, berpeluh-peluh, rasa nak pengsan. Tapi sebelum encik suami balik, sempat dia bagi komen, "wangi baunya". Hnnnss..Hnnss.. cubaan pertama buat kuih sensorang.

Saya buat kuih arab tapi saya buat kuih tu jadi warna-warni. Daripada putih kosong, boring melihatnya. Ada orang panggil kuih ni bebola kristal. Kuih satu lagi pulak nama dia kuih susu. Dua dua resipi ni amik dalam majalah saji. Dah rasa masa berbuka, yang kuih susu tu sangat lemaknya. Manis. Sesuai untuk penggemar kuih manis-manis macam saya. Yang arab tu, biskut tak manis sangat tapi dia gaul dengan gula halus.

Oleh sebab cik abang takde, so takdelah kamera. Takdelah gambarnye ye. Maybe lain kali. Sepanjang buat biskut tu, puas saya buat mental note jangan jilat mentega atau gula atau adunan kuih tu. Alhamdulillah berjaya. Heheheh (macam budak-budak je rasa). Malam ni nak buat biskut apa pulak eh?

Monday, August 9, 2010

I am Happy. I get sunshine..ooopss..OVEN!

Alhamdulillah.. Dapat juga saya membeli oven idaman sejak sekian lama. Mak pesan, beli yang besar terus. Lalu saya beli yang besar punya. Yahooo.. Bolehlah buat kuih raya. Dah beli buku resipi dah. Semalam berkobar-kobar nak test oven baru, nak buat kek untuk kakak ipar yang sarat mengandung. Sekali, aiseymen, lupa pula mixer takde. Yang kaklong punya tu baru je hantar balik kampung. Kena beli mixer pulak. Takpun cari resipi yang gaul-gaul je lah kot. Muahahhaha. Any idea? Apa eh kuih yang sedap tapi simple tak payah pakai mixer. Cornflakes madu kot ek? kakak ipar kata kuih mazola pun x payah putar, tapi kuih mazola tu apa eh? ahahahahha. So mental note, kalau keluar gi shopping mesti beli Mixer. Wajib! Ahahah. (budget ada lagi sikit je. Kena pandai manage ni.. Hukhukhuk.

Wednesday, August 4, 2010

No Need To Tell Me. I Know I Am Fat.

Huhuhu.. Terasa sungguh stress bila menimbang berat badan. Naik dan terus naik. Tak perlu tengok depan cermin, i can see my bulging fat clearly. Arghhh.. bila nak kurus balik ni. Harap-harap Ramadhan akan datang memberi silhoutte baru kepada tubuh badanku. Muahahahah.

Rasanya makan macam biasa je. Kena plan diet ikut nutrisi seimbang lah. Nak kena korek majalah RAPI lama ni. is there any dietitian who can help me? Bukan lah nak kurus kering, setakat boleh pakai baju yang mula tak muat dalam almari tu. I dont want to spend extra money on clothes/attire. Duit tu tengah kumpul nak buat beli oven. Dah ushar kat Jusco tadi. Im gonna get it, no matter what. So, baju baru is a big NO NO NO. Maybe i need to create new blog to sell my preloved clothes so that I can buy new ones. Nope, dont think so. I love them mucho mucho much. Hohoho..

Lelaki Melayu Tak Gentlemen?

Thank God I am married to a gentleman (and he is a Malay, of course). Kalau tak saya tentu saya setuju seratus peratus dengan kenyataan di atas. Sebenarnya statement ni dikeluarkan oleh seorang kawan non-Malay saya. Sebabnya, kawan lelaki melayu saya tak ringan tulang menolong gadis-gadis (masa tu saya masih gadis, hahaha). Kalau tolong pun perempuan cantik je. Tu pun angkat beg yang paling ringan. Sentap sekejap tau. Nak bela tak boleh, sebab even lepas statement tu keluar depan muka diorang pun, diorang tetap berperangai macam tu.

Tapi kan, bila fikir-fikir balik ada kebenarannya. Lelaki Melayu sekelian, anggaplah ini kritikan membina. Dan buktikanlah yang statement tu salah, please..... Pengalaman saya, sewaktu pergi ke satu program yang sayalah satu-satunya Melayu kat situ, saya tak pernah angkat beg or hatta fail saya sendiri. Ada je yang offer nak membawakannya. Cina, Jepun, Indonesia, Vietnam, Korea, etc etc. Maybe they wanted to be nice. But hey Malay guys, dont you want to be nice too?

Tapi yelah, bukan semua tak gentleman kan? Ramai juga yang saya jumpa sangat membantu. Perlu ke sebut nama? Tak payah lah kan? Kang riak pulak. Heehehee.. Mungkin skill meminta tolong tu yang kena betul kot. Tapi kalau dah minta tolong baru nak tolong tu masih masuk kategori gentleman ke? Renung-renungkan dan selamat beramal.. Ahaks.

Selamat Berpuasa Muslimin dan Muslimat

Diam tak diam tinggal seminggu je menjelang Ramadhan. Ada orang dah buat persiapan raya pun. Macamana persiapan menyambut Ramadhan? Saya sendiri belum apa-apa lagi rasanya. Cuma dah sediakan kurma je. Tu pun mak yang belikan. Kepada sesiapa yang dah lupa bacaan niat nak berpuasa dan doa berbuka, mari kita menghafalnya bersama-sama.

Lafaz niat untuk sebulan puasa

niatsebulanpuasa

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Lafaz niat puasa (harian)

niatharianpuasa

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Lafaz doa berbuka puasa

doaberbuka

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Selamat berpuasa saya ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga segala amalan kita sepanjang bulan yang mulia ini diterima oleh-Nya.

Monday, August 2, 2010

Jiran Dulu Jiran Sekarang

Saya teringat masa zaman kanak-kanak dulu, masa keluarga tinggal di Felda Selendang, Kuala Rompin Pahang. Masa tahun 80-90an tu, Felda ni memang lah hutan rimba lagi. Belakang rumah tu bukan setakat semak, tapi hutan ya. Kadang-kadang ada juga pelawat dari rimba.. macam beruk, babi, ular sawa (besar punya ya), musang dan macam-macam lah. Pernah org tangkap ular sawa lepas tu rentang kan dekat court takraw, sepanjang court tulah. Lepas tu ayah pernah naik motor terlanggar beruang, then kena tampar dengan beruang tu. Mujur beruang tu terkena ekzos motor dan lari. Kalau tak tak tahu lah apa jadi.

Kitorang pulak (spesifik sikit, saya dengan kaklong, heheh) macam jungle girls. Main kalau bole nak masuk dalam semak, kalau hujan berkubang dalam lopak tangkap berudu. Hahaha. Main nyorok-nyorok kat gua (sebenarnya lereng bukit yang banyak lubang-lubang tu), pastu jumpa telur ular. Tapi tak serik-serik. Makan benda bukan-bukan pulak tu. Contohnya Akar lalang (later i find out yang akar lalang ni boleh buat ubat), rasa dia macam tebu tau. buah senduduk yang pecah, pastu mulut biru-ungu. Manis rasa dia. tombong buah kelapa sawit, alah cari je pokok sawit baru tumbuh. Korek dapatkan biji sawit tu, pastu pecah dengan batu. Rasa sama macam tombong kelapa. Tapi oleh sebab nak dapatnya lebih mencabar, lebih nikmat kot. Hihik. Tapi kitorang sihat dan kuat. Ahaha.

Walaupun duduk dalam hutan, tapi sangat seronok. Sebabnya jiran kitorang sangat baik-baik. Duk sebelah kanan rumah kami Makcik Sitah dan Cik Jalil sekeluarga. Ni dah jadi rumah no dua saya. Selamba je pergi. Anak makcik Sitah ni lebih besar sikit dari kitorang. So selalu pergi rumah dia cari bahan bacaan. Selalunya cari komik dan majalah. Kadang makan sekali kat rumah dia.

Jiran dean rumah pulak Cik Murni dengan Cik Busu. Saya selalu pergi ngaji tumpang motor cik muni, sebab kononnya saya budak kecik lagi (org lagi jalan kaki). Pastu kat rumah cik muni dapat TV3. Kat rumah saya masa tu dapat RTM je. So bila ada citer best malam-malam cik muni ajak kitorang gi tengok kat rumah dia pastu tido terus kat rumah dia. Seronok sangat. Nanti dia bentang toto depan TV. Teringat pulak saya berkali-kali tanya kat dia "ni apa?" sambil tunjuk kat toto. Dan dia macam iklan burung murai tu dengan sabarnya jawab, Toto. Toto. Toto. Hahaha. Kesian dia.

Sebelah kiri pulak masa kitorang budak tu pasangan baru kahwin. Cik Ani dengan...sapa eh nama suami dia. selalu bawa kitorang balik rumah. kitorang pun seronok sebab kat rumah dia ada buku lagu (buku yang dia salin lirik lagu). Kalau ada mood nak nyanyi, saya gi rumah dia.

Dekat sebelah rumah cik muni pula ada seorang cikgu. Tapi dia tak mengajar kat Selendang. Tapi bila dia balik, dia selalu ajak pergi rumah dia. Nama dia Cikgu Zanariah (sama dengan nama mak). Nanti dia ajar menulis dengan membaca. Pastu tak kasi balik. Petang dia buat kuih dulu, baru bagi saya balik bawa kuih.

Happynya masa tu. Jiran semua sangat baik dan buat kami macam anak sendiri. Tak macam jiran saya sekarang.. Tak kisahlah kalau masing-masing buat hal sendiri. Tapi kalau sampai mengganggu ketenteraman, ARRGGGGGHH.. stressnya. Rumah sebelum ni, jiran saya jenis panjang tangan. Mula-mula pakaian dalam kami yang kiut-miut dicurinya. ingatkan orang gila seks, so kitorang ampailah yang kecik2 tu dalam rumah, alih2 seluar baju pun hilang. Yang lagi mantap tu selamba je pakai depan gua. Arrghh. Tak halal kan. berkurap lah ***** ko.

Pastu yang asyik berkaraoke melalak-lalak. Kalau suara tu sedap takpe. ni macam suara itik nila. Tapi kompiden pula dia melalak-lalak. Lepas satu lagu ke satu lagu. Entah berapa album dia putar tah.

Yang sekarang ni pun boleh tahan peliknya. Ada ke dia kemas-kemas rumah dia, sampahnya buang kat rumah kitorang. Nak bahasakan dah tua. Tapi takde kesedaran sivik. Pagi tadi selonggok rumput dia kat rumah kita. Ewah-ewah.. mentang kitorang ni org muda, BULI eh? Makcik tak nampak ke kitorang berkebun, berkemas merumput. Maknanya kitorang pun suka rumah kitorang bersih dan cantik. MACAM RUMAH MAKCIK. Tapi kenapa makcik mencemarnya. HUHUUHUH..

Yang membela kucing lepas tu biarkan kucing melepas kat porch rumah pun ada. Tapi kucing bukan ada akal kita nak marah. Tuan dialah yang tak mengajar. Yang parking depan rumah sampai kitorang yang tak boleh nak keluar masuk rumah sendiri pun ada. Bila kena hon, buat muka ketat macam kita yang salah. BRENGSEK betul. Sticker kat kereta macam orang terpelajar. Tapi perbuatan tu macam takde otak pun ada. Ikut senang dia je.


ARGGHHH.. Geramnya. Actually post ni saja saya buat supaya saya boleh luahkan perasaan sempena nak puasa ni. Harap-harap janganlah diorang buat benda-benda yang boleh menaikkan darah dan mengurangkan pahala puasa saya. hukhuk