Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 29, 2010

Crazy Drivers... :((((

Hari ni makcik bangun dengan mood yang baik.. hati pun rasa baik.. tapi dipunah-ranahkan dengan pemandu-pemandu gila di sekitar taman universiti dan taman sri pulai..

Masa kitorang nak keluar simpang 3 rumah kitorang ada satu keta wira memecut dari belakang terus keluar simpang. Helo, dia nampak ke jalan tu clear ke tak..? semberono je keluar? Dalam hati terdetik, "Makcik tu nak mampus ke?".. tak sampai sepuluh meter dari situ, that car nyaris kena hentam dari kiri kanan.. yelah, dia ikut suka hati keluar simpang 4 x kira jalan orang. Nasib baik keta dan lori air batu tu baik, x hentam dia..Yang geram tu, makcik tu bertudung... Tapi takde hati perut. Ikut kepala dia je bawa kereta membabi buta.

Ingatkan kejadian tu dah cukup untuk hari ni. But then, kat simpang yang pak guard UTM selalu jaga tu ada sorang mak cik lagi buat hal (oh yes, dia pun pakai tudung juga). Tak reti sabar menhimpit kitorang... bawak anak lagi.. of course lah anak dia tak pakai safety belt. pity her children dapat emak yang semberono macam tu.

Bukan nak burukkan orang yang pakai tudung ye, jangan salah anggap. Cuma geram sebab dah banyak kali kitorang hampir terbunuh disebabkan makcik-makcik semberono ni. Dia tak sayang nyawa dia? silakan terjun gaung...or i can pray for your early death if you want it, but please think about others.. Stupid, selfish....grrrrrr...

Semalam makcik pergi larkin, sekejap je dah sampai semula ke UTM. it's not because i was 'rempiting' or what, it just simply because no crazy drivers like those makciks. so, although the traffic was heavy, but smooth. please lah rakyat Malaysia, tolonglah berhati-hati di jalan raya. ingatlah orang yang anda dan mereka sayang..

Tuesday, April 27, 2010

Resipi Untuk Si Kecil

Salam pagi selasa...Makcik just nak share satu website resipi untuk kanak-kanak dan bayi... wah sungguh menarik.. sesuai untuk ibu-ibu penyayang yang nak sediakan hidangan berkhasiat untuk anak-anak.. But i'm sure most of the recipes also suitable for adult.. macam puding trifle, strawbery pudding with raisin (oooooo... i like pudding..nyum nyum), hot dog and tomato scramble.. dan banyak lagi.. best best. Kepada yang berminat yang nak belajar resipi mudah berkhasiat boleh masuk sini http://www.excellencebeginsyoung.com.my. Sedikit sedutan...hehehhe


Friday, April 23, 2010

Stop Sabotaging Your JOB!

Tengah hilang mood nak kerja....belek punya belek majalah JUSCO Pearl jumpa artikel ni... Menurut majalah ni, artikel ni bersumber dari www.edition.cnn.com dan www.hotjobs.yahoo.com/career. Sedikit sedutan....;p


TOP 5 Don'ts At The Office

1. Use offensive Language
Your close colleagues might be use to your language or even speak the way you do but the person who overheard you might get offended and decide to report you. So, watch that potty mouth.

2. Gossip
It's just bad taste and the gossip reaches management, they might decide to find out who started it all. Let's just say you wont be the first candidate in mind for a promotion.

3. Leave During Office Hours
Don't sneak off early even when you have finished your job. It's really unprofessional!


4. Take your job for granted
Appreaciate your job and remind yourself tht during this bad economy crisis, many have lost theirs.(Baru je lepas baca entry best dari blog izan.. sapa nak baca boleh gi sini--->>>Izan;Work Attitude. Worth reading!)


5. Overshare
We can't avoid personal phone calls at work but do try to keep the conversations to a minimum. The last thing you want is for the whole company to know the details of the fight you had with your partner!


Thursday, April 22, 2010

Honeymoooooners... Perhentian Island

Kami

Selepas 5 bulan berkahwin barulah pak cik dan makcik berkesempatan nak berbulan madu..Ini semua gara-gara menunggu viva yang tak kunjung tiba.. Once makcik book resort je, terus dapat tarikh viva.. sungguh dengki..;p

Mula tu makcik ingat nak gi cameron highland je. Dah pernah pergi pun, sangat suka...Banyak tempat nak dilawati, iklim sejuk yang nyaman, boleh shopping kat pasar malam.. memang best lah senang kata. Tapi pakcik kata nak gi pulau.. Pulau pun pulau la..


Arwana Perhentian Resort

Kami menginap di Arwana Perhentian Eco Resort. Boleh tahan lah.... Lokasinya di Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar. Lunch mewah, senak perut kami. Breakfast dengan dinner? So-so je kot.. Tempat ni memang sesuai untuk orang yang berhoneymoon macam kami kerana bilik nya memang syok... tidur je kitorang... ngantuk je kalau duk dalam bilik..Kami amik bilik deluxe pool view.

Suasana di pantai paling best masa air pasang dalam pukul 1.00 ke 2.00 p.m. Angin dia, fuuuuh... masyuk.. tapi pas surut tak best.. nampak lah sampah sarap yang dibuang oleh orang yang tak bertanggung jawab.. menyampah..Time laut surut juga merupakan waktu pelancong-pelancong asing berjemur dengan pakaian yang... you ol tahu la kan? menambah dosa pak cik jer.. so mak cik ajak dia kuar waktu-waktu tertentu je.. hahahhah..

Kalau anda orang yang suka bereksplorasi, bolehlah pergi snorkelling ke, scuba diving ke, candat sotong pun ada... kayak pun boleh juga.. Kepada sesiapa yang sukakan perlancongan budget, mak cik cadangkan bawa bekal makanan and minuman sebab kalau di pulau, expect to pay at least two time the normal price in main land.


Apa-apa pun, akhirnya kami berhoneymoon juga.. mudah-mudahan adalah hasilnya.. hihik.. amiiin

Tuesday, April 13, 2010

Ninja Warrior? Hait!



Sekarang ni tengah addicted tengok rancangan Ninja Warrior.... pukul 730 malam isnin hingga khamis. mantap, funny, mengujakan.. muahahah.. Pengulasnya pun menarik..kikiki... Melebih-lebih.. Ninja warrior ni kat Jepun dikenali sebagai Sasuke. Bukan macam yang dalam citer naruto tu tau.



Dalam citer ni, 100 peserta akan melalui halangan-halangan sukar yang akan menjadi cabaran untuk mereka bergelar All-Star Ninja warrior. Diorang kena lalui 4 peringkat yang memang mantap... perghh.. siapa lepas tu memang warrior lah.. Halangan ni akan semakin disukarkan setiap siri. even yang pernah bergelar All-Star pun boleh tergelincir, terjerumus, tersungkur, terkehel dan macam-macam ter lagi.. Malah, sedikit kesilapan je boleh melenyapkan impian diorang..Yang datang ni macam-macam profession. Ada gimnas, pengurus stesen minyak, penjual kasut, pelajar, bomba, pelawak... dan macam-macam lagi.. ada juga yang dah berumur lebih 50tahun tapi masih gagah.. memang legend lah.. Tapi yang kelakar tu diorang datang dengan pelbagai aksi.. ada tu yang poyo sampai x sempat buka seluar.. muahahahha..

Dalam Gambar kat atas dari kiri, Toshihiro Takeda (bomba), yang sebelah dia x kenal, Makoto Nagano (fisherman) dan Bunpei Shiratori

Ninja warrior ni ada juga untuk org pompuan yang dikenali sebagai kunoichi.. ada yang dah menang sampai 3 ke 4 kali ntah.. memang hebat..Nak tengok wajah si hebat ni?

Ayako Miyake

Sunday, April 11, 2010

Shopping online?

Currently i have a new hobby...browsing and surfing the net----->online shopping.. WHOA! Hobi yang bahaya sebenarnya.. yelah, sementara ada pendapatan ni oklah. Cuba bila makcik tukar profession jadi surirumah sepenuh masa nanti?

Mula-mula tu cuma suka-suka tengok blog orang. Especially for recipes and cupcakes.. i simply like those cute edible ornaments.. Very creative.. And look yummy too.. Memuaskan selera tanpa memakannya..Nak diet la konon.. muahhaha..

Benda first yang makcik beli online ialah Jamu.. sebab badan letih-letih, untuk tambah tenaga.. Kepada sesiapa yang berminat nak beli jamu tradisional bole la masuk blog ni Jamu Cantik. Macam-macam jamu ada, untuk yang perempuan, lelaki, bakal pengantin yang nak naikkan seri wajah and etc. Servis dari tuan rumah blog memang tip top. Cuma untuk makluman, jamu ni dibuat dari hasil-hasil asli hutan. Jadi stok tak selalu ada. Ada juga testimoni untuk jadi rujukan pembeli. Kepada mereka yang skeptikal pasal ubatan tradisional, boleh tengok-tengok. Tapi jangan kutuk-kutuk. Tak baik. Ada orang yang memerlukannya, Ok? =)



Benda kedua yang makcik beli ialah cloth diapers. Ni masa makcik disahkan positif hamil last Februari.. Tapi nampaknya lambat lagi dapat menggunakannya. Baby's gone. Huhuhu.. Beli CD ni sebab menyahut seruan untuk cintai alam sekitar dan mengurangkan penggunaan lampin pakai buang. kebetulan masa tu ada offer. sayang pulak kalau tak beli. Makcik tengok banyak blog yang jual CD but Hana Sweet Baby yang bagi offer terbaik masa tu. Actually, the blog's owner is my sister's friend's wife. So support bisnes kengkawan pun ya juga. For mothers, or mother-to-be's yang sayangkan alam sekitar, bolehlah usha-usha blog-blog yang offer benda ni. Nanti kalau rajin, makcik akan post kebaikan guna CD compared to disposable diapers k? InsyaAllah.





Lepas tu lama juga makcik stop usha blog. Yelah, baby pun dah takde kan? Tapi terpikat pulak dengan maxi dress.. tapi still tak dapat lagi..hukhukhuk.. masih menanti ni.. hopefully sempat lah sampai, nak pakai masa gi honeymoon...Ni order kat page dalam facebook jer..

Yang paling latest makcik beli ialah perfume...Flora by Gucci. Not authentic kot. Just AA grade. But look like ori. Just cost me rm62 for 75mL including postage. Baunya sangat long-lasting, but bit strong for someone who prefer fresh and boring fragrances,,muahahah.. Not really my type. I prefer Bond Girl from Avon. This one i get from Lizdee. Great value for your money.. seriously, i cant differentiate between ori or not..Maybe because i'm not a perfumemanic kot...Service? very fast. but i'm sure it's actually 100mL when i order. But then i recheck...hurmm..maybe salah tengok kot..



My opinion about online shopping, make sure you have full confidence with the seller before you buy something. Pastikan identiti mereka. Baca testmonial kalau nak lebih pasti. kalau ada email mereka yang bagi testi, boleh cuba contact diorang untuk double check. Can never be too careful kan? So far, semua barang except one yang makcik order selamat sampai.

Tuesday, April 6, 2010

Viva oh viva

Ini bukan citer tentang kereta..ini ceritera viva-voce untuk completekan master makcik... aduh...cuak yang teramat.. tak terkata gabranyer... ditambah-tambah lagi makcik tahu dah last-last minute pasal viva ni.. malam tadi makcik cuma mampu tidur-tidur ayam... asal terlelap je, mulalah mimpi-mimpi aneh menyinggah... kes naya betul..

Makcik dah tunggu lama menunggu hari ni tiba, tapi bila dah tiba, rasa tak ada hati nak melaluinya.
Separa sedar macam zombie, mak cik harungi juga. Nak jadi cerita, viva ni dibuat pulak di fakulti, bukan di sekolah pengajian siswazah macam selalu..bermakna, menapak la dari parking pusat ko-Q... hukhukhuk..

Menapak tu xde masalah.. cuma makcik terlupa pulak nak bawak balik kasut formal makcik.. so i brave myself wearing my 'hantaran' shoes. Giler ah, dah la runcing di depan, bertumit halus. Makcik rasa lah, kelajuan perjalanan makcik tu adalah dalam 1km/j. terkedek-kedek. step by step. Dengan bag laptop + tesis yang berat giler.. huwahuwahuwa.. sampai fakulti baju dah lokos dengan peluh.. aduh, x smart ah camni.. tulah, malas lagi bersenam... tercungap-cungap minta nyawa... pancit...

Masuk bilik mesyuarat utama nak setting tempat, ternampak satu handbag...mulalah menggelabah, external ada ker? kalau ada tu petanda buruk yang pertama. Tanya dengan Aisyah, mujur confirm external takde... Pas masukkan presentation slides, mak cik ingat nak lepak masjid...Ya Rabbi, panasnya, tempat perempuan suis dia tak hidupkan.. menapak lah pula ke PSZ... segar nyaman... Mujur Allah SWT bagi kaki, boleh menapak gi mana-mana.

Akhirnya, lepas Zohor, masa yang ditunggu-tunggu pun menjelma. Prof Salasiah datang dulu. Pastu pengerusi majlis, Prof Dr Madzlan, and lastly baru Prof Hali masuk... Makcik punya gabra toksah cakaplah.... SIAPA KATA VIVA SENANG.. rasa macam dah tak lulus je tadi.. banyak makcik cuai. HOHOHO... Majlis berakhir 3.30pm lebih kurang. Keputusannya, alhamdulillah, minor correction dalam tempoh sebulan... tapi makcik harap dapat 3 bulan.. penat je buat muka kesian.. makcik nak gi honeymoon dengan pakcik... dalam buat muka kesian, Prof Hali bole cakap, "sikit jer tu..seminggu boleh siap. Pastikan siap dalam tempoh seminggu". WHAT???? nampak gayanya makin tak rajin aku ke lab. Tapi nak cuba juga siapkan dalam seminggu.. nanti boleh gi jalan dengan hati yang tenang.. Boleh bodek prof nak minta cuti... Nge~~~~~~~~~~~~~